Monday, June 9, 2008

tik tok tik tok tik

masa terus bergerak....beberapa hari lagi aku akan bergelar suri rumah sepenuh masa. tapi sementara je la....bulan 8 aku akan start keje baru. sebelum tu aku kena g trainning. tak tau la bila start trainning tu. tak dapat la nak berehat lama2 nampaknya.makin sibuk ke aku nanti?
tunggu dan lihat je la kan?

Sunday, June 8, 2008

CUTI

Sepanjang cuti skolah 2 minggu ni banyak sangat dapat undangan perkahwinan. Tapi semua aku tak leh nak pegi. Yela.....aku ni kan pekerja cemerlang...bangun pagi pegi keje, balik umah dah malam. Tak kira la isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad. Tiap2 ari g keje. Pendek kata selagi belum tutup mata, keje....keje...keje. hubby g kuantan semalam. Pegi ngan parents dia sebab sepupu dia buat kenduri. Esok baru dia balik. So di sebabkan aku sorang2 kat rumah mlm ni makanya aku pun mengarut la dalam blog ni. Tgk tv, mkn keropok. nak chating tak de sapa pun online malam minggu ni. Orang lain semua bergumbira bersama keluarga. Aku je yang tercongok kat rumah sorang2. Nak keluar tak de kawan. Boringnya.....

Thursday, June 5, 2008

MENGHITUNG HARI

erm....aku sekarang sedang menghitung hari untuk melepaskan kerja aku sekarang. rasanya aku akan lebih lega lepas ni. tak de lagi bunyi phone tengah2 malam, tak de lagi menggelabah bila phone berbunyi. selama ni kalau phone aku berbunyi terkocoh kocoh aku nak menjawab. kang kot tak sempat angkat naya je bole sampai kat pengetahuan bos aku. semua tu kes naya je. kalau dah angkat phone lak pen & kertas sentiasa kena ada di tangan. senang nak catat apa2 yang penting. yeehaaa!!!! lepas ni aku tak perlu lalui lagi situasi tu.

lately ni stress la pulak. keje berlambak2. sekarang kan cuti skolah...orang ramai bercuti bawak anak jalan2. so aku teramat la sibuknya kat tempat keje. rasa macam tak sempat je nak setelkan hingga hari akhir aku. sabtu dan ahad ni stay kat opis sampai malam la nampaknya. harap2 semuanya sempat dan berjalan lancar. stress!!!!