Saturday, November 6, 2010

Semalam Yang Bersejarah

En. Suami admitted Pantai Medical Centre.
huhu.....tak lena la tdo mlm td & mlm ni sbb tak de sapa tak tepuk.(ngada2....lepuk skali kang ha...)
smlm masa aku sampai umah dr kerja kul 11 lebih tgk en. Suami tgh tdo.
tgh aku mandi, en suami bgn dan muntah.
"B, cepat anta abg g spital, sakit sgt ni."
erk!!! tak pernah ku dengar ayat tu selama ni.
selama ni en suami sgt la cool.demam ke hapa ke tetap g keje & diam2 je.
bila tetiba dia suh anta g spital terus aku rasa gelabah.
nasib baik masa tu belum amik anak dari rumah baby sitter.
so call BS bgtau minta tolong anak tdo umah dia la.
sbb aku ntah kul bape la akan blk umah.
setel uruskan en suami masuk wad aku pun balik.
kul 4 pagi baru tdo.
lps subuh dah gerak ke PMC sbb en. suami akan di scan & x ray jam 8 pagi.
skrg rasa sgt mengantuk & pening sbb tak cukup tdo.
huhu....Izzat, please mlm ni jgn ajak mummy borak2 tgh mlm ye.
esok mummy keje & nak g tgk ayah lagi kat pmc.
so pleaseee behave.
ZZzzzzz......

Wednesday, November 3, 2010

Sunday, October 31, 2010

25 jam

lagi 25 jam aku akan sampai kota kemuning.
(lebih kurang la...)
dah tak sabar dah ni.
lama dah rasanya tak balik KK.

en suami akan hantar aku & Izzat mlm esok.
rabu mlm jemput semula.

takut nak drvie jauh2 berdua ngan Izzat,
mcm2 hal kat hiway tu.
Izzat pun dah makin lasak.
klu berdua je kang dia buat perangai dlm keta parah lak.

ada byk program yg aku dah plan sepanjang di KK nti.
huhu...cukup masa ke???


* sakit kepala yg teramat sgt skrg...

Wednesday, October 27, 2010

tanam

1st skali nak say thank you so much to my in law.
mggu ni mereka nak tolong bersihkan umah baru & tanam pokok2 katanya.
tq mak & abah.luv u soooo much!!!!

mr B : tadi mak call
mrs B : eh...nape? nak balik kl mggu ni ke?(mrB driver mak & bapaknya)
mr B : mak ajak bersihkan umah lagi ahad ni.
mak nak tanam pokok limau, cili, bunga melur.mangga.mak dah standby anak pokok.

mrs B : erm...bestnya....tapi please....tanam susun cantek2 jgn sepah2.nnti saya merajuk.
umah tu saya nak duduk lama.
mr B : tak pe la...tanam je....nnti awak alih la...(tak nak bantah mak.bior je mak nak tanam
kat mana pun )

mrs B : erm.....(dah terasa nak nangis sbb terbayangkan pokok2 yg di tanam bukan di tempat yg sudah di plan)

huhu....mcm mana ni???
aku nak tggl kat umahtu lama.aku pun ada share gak kat umah tu.tak nak la nnti suka2 ati je tanam tmpt tak sesuai. aku dah bgtau en. suami mana nak tanam pokok2 tu semua.harap2 en. suami tak lupa nak bgtau mak dia tempat2 nak tanam tu.

bila nak pindah???

Sunday, October 24, 2010

tenang.....

nape aku tak leh bertenang???
lek la kan....
aku dok pikir susah je nak pindah umah ni...
pikir nak packing angkut & unpack lagi...
huhu...

dulu pindah brg tak byk.
anak pun tak de.
la ni brg dah bertambah anak lagi...
huhu...dah le sebatang kera kat melaka ni.

sapa nak teman aku pindah umah???

tak pe2...wat ilek faridah...
lps ni pindah umah sendiri.
klu nak pindah lagi pun maybe amik masa lagi 10 thn kot.(kecuali la klu tetiba dapat durian runtuh pindah banglo lak kan hehhe...)

Fuhh!!!! tarik napas tahan...lepas!
demi rumahku syurgaku aku akan bertenang supaya semua berjalan lancar dan kepala tak sakit.

Friday, October 22, 2010

PULAK DAH!!!!

demam pulak ni ha...
ptg td selsema.
mlm ni rasa badan dah tak best.
perut dah 2 minggu memnag tak best je....
adoiii!!!!! byk benor masalah eh aku ni la...

semua ni gara2 teman Izzat tdo dlm ekon.
aku ni kan org kampung.
mana bese tdo ekon2 ni....

demi anak tersayang yang asyik berpeluh2
gelisah tak lena tdo
mummy tercinta on la ekon tu supaya Izzat bole lena.
akibat eh....den lak yg domam ha...

erm...apo nak buek....
mkn yo la ubat.
adios!!!!

Wednesday, October 13, 2010

JIRAN

mlm td g tgk umah.
paip dah ada rupanya...
tak perasan lak masa dtg last week.
erm...dah bole plan bila nak p basuh umah ni.

lampu dan kipas pun dah pasang.
cuma lampu kat hall & porch je lum pasang lagi.
en. suami kata nak pasang lampu apa ntah.lum beli lagi katanya.
aku memang bg sepenuh kepercayaan kepada en. suami untuk pilih kipas & lampu kat rumah tu.
cuma dia mana letak plag & suis je aku yg tentukan.
sbb aku dah plan susun atur perabut kan...so plug semua kena la ikut plan aku.hehehee....


sempat la masuk umah jiran smlm.
dia yg ajak. "meh la masuk tgk2 umah, bentuk sama je"
pucuk di cita ulam mendatang la kan....
cantek rumah dia. cat baru, plaster ceiling,kabinet dapur, lampu2 semua la....
"kami baru nak merasa beli rumah, you all muda lagi dah dapat beli rumah"
kata si isteri.muda ke kak??? dah tua kak oiii....31 thn dah ha...
si suami kerja d mahkamah & si isteri guru sekolah menengah.
erm.....senang dah nak anta Izzat tuisyen.
kata si isteri, ada 3 org guru sebaris ngan rumah kami tu.
kebanyakkan jiran kami org gomen.

happy dengan jiran yg rumahnya melekat ngan rumah kami ni.
jiran2 lain??? nnti dah pindah la kita kenal2 eh....

bila nak basuh rumah?
nak angkat brg?
yg dah packing tu bila nak angkat?
nak packing lain2?
argh!!!! penatnya nak pindah umah...
tapi lepas ni lambat lagi nak pindah pun. tggu dapat banglo la baru pindah pulak.

mula2 kawin duk flat.tingkat 4.
rumah ke dua dari tepi.
selepas setahun pindah teres.
rumah ke dua dari tepi.
lps ni pindah semi-D.
kembar dua biji rumah. dua2 pun ada tepi.hahhahha.....
Alhamdulillah.....Syukur dengan rezeki yg Allah bg.

Friday, October 8, 2010

Baby Sitter

haish!!! dilema tul la dapat BS yg selalu nak cuti je ni...
sakit kepala pikir mana nak anta anak bila dia cuti.
wahai kak BS, bole tak jgn cuti selalu???
saya tak pernah potong duit akak selama ni.
jgn sampai saya potong lak ye...
tq :)

Tuesday, October 5, 2010

S I F

Shamsul Izzat Fahmy dah berumur 6 bulan 5 ari.

Alhamdulillah....setakat ni Izzat sihat & tak banyak kerenah.

tak menyusahkan langsung & rezeki untuk Izzat sentiasa ada walaupun Mummy kadang2 "shesak".(bukan kadang2 selalu sebenarnya.hehehe....)


semalam bawak Izzat g klinik untuk cucuk dos ke 3 hepatitis.

doktor kata Izzat sihat & normal.

lega telinag ni mendengarnya...

lps ni 2 bln lagi baru ada cucuk lagi.


selalu aku tgk dlm facebook...beberapa org kwn ni update status anak demam.

dlm sebulan mesti ada sekali atau 2 kali anak demam.

sian jugak bila membacanya tu.

aku bersyukur sangat2 sbb setakat ni Izzat di kurniakan kesihatan yg baik.

semoga kesihatan Izzat sentiasa dlm keadaan baik selalu.


ye la kan....klu dah asyik demam je macam mana aku nak keje kan.

dtg keje pun kepala dok ingat anak susah jugak.

cuma Izzat pernah kena ruam kat bird dia.

tapi dah ok dlm masa tak sampai seminggu. beli cream kat farmasi.


sgt teruja 1st time raya bertiga.
dah 6 tahun raya berdua je...
Mummy & Ayah sayang Izzat!!!!

Friday, October 1, 2010

lupa lalai leka

sebagai manusia kita memang selalu lupa lalai dan leka.
Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11amAku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah .
Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing
peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.
Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Wednesday, September 29, 2010

roda vs tayar


roda keta aku dah haus.

huhu...bila mau tukar???


tayar kehidupan aku pun dah berubah ni...

ye la kan....kejap atas kejap bawah

(atas ke bawah ke dua2 pun best)


skrg ni tgh berada ni tgh2 menjurus ke bawah.

hahhahah.....down gila rasa skrg ni.

rasa tak best yg amat sgt.


oh!!! sebenarnya nak cite ada sorang kwn aku sudah jadi blogger.

erm....bagus la tu kan. bertambah lah blog yg aku bole baca.

bertambah la pengetahuan & pengalaman aku bila baca blog org kan.

yg lawaknya.(aku je rasa lawak.org lain tak kot) sblm ni dia pernah mengutuk blogger.

katanya buat apa nak ada blog2 ni.

nak cite2 hal sendiri kat blog.

mcm2 lagi la dia mengata pasal org yg berbloging ni.

la ni ......dia sendiri jd blogger.

bg aku la kan....

suka ati la nak tulis apa pun kat blog.

ni belog aku suka ati aku la nak tulis apa(pinjam ayat cik nina)

klu korang tak suka tak yah baca.


dah cukup2 la melepas perasaan kat blogger baru ni.

malas nak ckp byk2. dosa.hahhaha


raya dah nak abih.huhu...tak de la jemputan open house lagi.

tak bole gantung periuk lagi...

kena jadi isteri & mommy yg berjaya semula la lps ni.

yes!!! i can do it.




dah lama tak dating ngan mamat ni.dah 6 bln.asyik jumpa kat umah dlm bilik je...tak best....bila nak g honeymoon lagi???




Saturday, September 25, 2010

penat














hilang penat bekerja bila sampai rumah, si kecik ni sambut.
klu dengar bunyi grill dia akan pandang pintu rumah.
klu ckp ayah blk dia akan tunggu sampai pintu terbuka.
rindu sama ini budak domok!!!

Thursday, September 9, 2010

RAYA

yeay!!!! esok raya.
hari ni aku masih bekerja.
nasib baik kpg dekat je.
klu jauh, maunya beraya dlm keta.
semua jln jem.kemalangan pun byk bila byk kenderaan kat hiway skrg ni.

raya kali ni special bg aku.
biasa jln raya berdua ngan en. suami
tapi kali ni jln raya ngan sorang lagi hero aku.
Syamsul Izzat Fahmy.
hehehhe....excited sungguh.
baju2 Izzat mama dia ( kak long ) dah belikan.
aku cuma bl baju melayu & kasut je.
tak sabarnya nak tgk Izzat beraya ngan baju baru esok.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Sunday, August 15, 2010

erm....

frust la puasa thn ni...
tiap2 thn sblm ni aku akan bersahur dan berbuka puasa pada hari pertama dengan mak.
tapi thn ni tak dapat.
huhu.... frustnya....
thn ni 1st sahur hanya di temani anak tersayang Izzat.
suami tercinta g kl.
1st buka puasa lak ngan staff2 di outlet. kojo. huhu....

next week plan nak blk shah alam.
tapi........argh!!! en. suami ni memang tau!!!!.
hangin aku la.

maybe jumaat ni mak & kak long & anak2 semua dtg melaka.
diaorg kesian kot sbb aku tak dapat blk sana lagi.
tak kisah la kat mana pun asalkan aku dapat bersahur & berbuka at least sehari bersama mak.

raya?????
aku blk kpg mlm raya.
kojo...huhu....
raya ke 2 dah blk sini.
raya ke 3 dah kojo.

erm.....ramadhan 2010 menguji kesabaran aku sungguh2.

Monday, July 12, 2010

JULY

12 JULY, Izzat meniarap.
hehehehehe

seronok tgk satau persatu yg berlaku dlm membesarkan Izzat.
mlm td (tgh mlm sebenarnya ),
aku tgh leka tgk tv. bila aku pusing tgk Izzat dia dah meniarap.
seronoknya tgk anak mommy dah meniarap.
tak lam tu tgk lagi dia dah pusing balik.
hehehhhe....
mommy & ayah sayang Izzat.

Friday, July 2, 2010

muka buku

Bosannya tak leh buka fb.
apasal ntah.
buka dari phone bole.
dari laptop tak leh.
mana puas tgk kat phone.
nak komen gambar2 pun tak puas tgk
.Argh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
bengong la facebook ni.

Wednesday, June 30, 2010

HORMON

hormon aku kacau balik kot.
susah tdo malam.
selera mkn bertambah.
susah bangun pagi.
badan rasa tak best je...
argh!!!! nak buek camno ni???

Izzat, mommy rindu Izzat.

Monday, June 28, 2010

malas sungguh nak bangun pagi skrg.

Thursday, June 17, 2010

2 malam

sabtu nnti ada majlis cukur rambut Izzat di rumah atok.
Izzat telah "di pos" ke labu tgh ari tadi.
kak long yang dtg ambil.
sebab mummy & ayah Izzat akan bergerak dari melaka ari sabtu selepas subuh.
mcm tak sesuai la pulak klu travel pepagi buta ngan Izzat.
sbb tu pos Izzat dulu ari ni.

kak long ckp balai mkn dah pasang.
esok nak siapkan pelamin & buai untuk Izzat.
huhuhu....mcm mana la rupanya tu nnti.
tak sabar pulak nak tggu sabtu ni.

erm...malam ni tak de la bangun tgh malam buat susu Izzat.
sapa la yg akan bgn tgh mlm ni buat susu Izzat ek?
nenek?mama?
ermm....sapa2 je la.....yg penting Izzat dapat susu.


Izzat, mummy & ayah miss u so much.
dua malam tak de Izzat kat umah.
nasib baik dua mlm, klu 3 mlm mummy dah nyanyi lagu 3 mlm tanpa bintang.
jumpa pagi sabtu ye sayang.

xoxoxo from mummy & ayah.

Sunday, May 23, 2010

KANGEN



kangen sama ini budak.

sekarang klu g keje tak sabar nak tunggu balik.

tak sabar nak jumpa Izzat.

argh!!!!! rindunya....

kalau dulu dok rindu en. suami skrg rindu Izzat pulak.

erm...suka buat muka mcm ni bila kenyang.

macho sgt la kononnya tu.hahahhah....

perangai mcm en. suami jugak. perasan macho.

Izzat, Mummy rindu Izzat!!!!!!.

Sunday, May 16, 2010

hari ni Izzat tinggal ngan ayah kat umah.
mummy keje.
pg td mummy dah mandikan Izzat dah siapkan semua brg2 Izzat sbb ayah nak abwak Izzat jln2 ari ni.
mcm mana la agaknya Izzat ari ni ngan ayahnya tu kan....
erm...sabar ye Izzat. Mummy work!!!

Tuesday, May 4, 2010

IZZAT

ari ni 1st day tgglkan Izzat kat umah jiran.
sedih je rasa masa nak g keje td.
kesian pulak anak kecik tu nak di tgglkan kat umah org.
tapi nak buat mcm mana kan....
Mummy Work!!!!!!
hahhahhah....


kul 1 anta Izzat kul 3 nenek Izzat dah call tanya Izzat mcm mana?
huhu...nenek yg terlebih risau.
siap pesan blk cepat nak amik anak.
erm......apa2 la mak...


sebenarnya aku pun tak sabar nak tggu kul 11 ni.
nak blk cpt nak amik dia.
harap2 Izzat bole suaikan diri kat umah org tu.

tggu Mommy ye Izzat...

Tuesday, April 13, 2010

SIF

Shamsul Izzat Fahmy
erm...dah berumur 12 ari.
ada beberapa perangai dah nmpk.
tak nak menyusu.
klu tak paksa minum susu tak nak minum.
klu berak baru la bersuara sikit.
geli la tu kot.
sblm tdo mlm aku terpaksa set alarm bgn setiap 2 jam.
semuanya sbb nak pastikan Izzat minum susu.
klu nak tunggu dia minta memang tidak le jawabnya...
tak penah lagi dia menangis sbb nak susu.

Sunday, April 11, 2010

HOME SWEET HOME

Alhamdulillah....
Izzat dah discharge ptg smlm.
satu malam je tdo ward.
satu malam jugak mummy & ayah tdo tanpa Izzat di sblh.
semoga Izzat sihat selalu hendaknya.
welcome Home Izzat!!!!!

Friday, April 9, 2010

JAUNDICE

sian baby izzat.
kena tahan ward tgh ari tadi.
mummy doakan izzat cepat sembuh ye.

Tuesday, April 6, 2010

IS part 5

Alhamdulilllah.....
setel segala urusan smlm.
dari kul 8 pg keluar rumah.
ke hospital. kul 10.30 baru bole jumpa peg. unit kebajikan.
lps tu tunggu pulak nurse2 kat ward tu nak setelkan hal discharge.
punya la lama.
hantar baby balk rumah pegi pulak ke pejabat MAIM.
nak amik surat sokongan untuk buat surat beranak.
pun lama jugak.
sbb peg.maim amik statement aku.
setel ngan maim baru la g jpn.
nasib baik urusan d jpn tak lama.
dan nasib baik pesuruhjaya sumpah ada di banggunan ni
tak payah la ke mahkamah air keroh.
so selamat la setelkan segala urusan smlm
dari jam 8 pg hingga 6.30 ptg
penat & lapar tapi ppuas ati.
balk umah mandi & g keje.
huhu...
mummy gilo kojo.!!!!!

Sunday, April 4, 2010

IS part 4

Alhamdulillah....
esok bole bawak baby balik rumah.
hehheheheh....
welcome to rksk anak ku.

Thursday, March 25, 2010

IS part 3

Alhamdulillah.....
setel amik ubat untuk breastfeed.
sblm tu doctor explain apa efect2 nya bila aku amik ubat ni.
doctor siap pesan to get ready mental & fizikal.
huhu...bertambah cuak aku.
hehehhee......
kurang dari seminggu aku akan jadi mummy.
perasaan???
erm...tak sabar & takut pun ada.
byk perubahan yg aku perlu lakukan.
huhu....semoga semuanya berjalan lancar.
wish me luck! :)

Friday, February 26, 2010

IS part 2

smlm g Pantai Medical Centre.
scan baby. boy.
baby sihat. cukup sifat. tapi muka dia tak nak tunjuk la....
pemalu sangat la tu. nak ikut perangai daddy ke???
jari2 semua cukup. tulang blkg ok. jantung, buah pinggang semua ok.
tapi aku tak tggu result blood test.
doktor hanisah kata, next visit dia akan bgtau la resultnya. tapi kalau ada problem ngan darah tu dia akan call. so far aku tak dpt call pun dari pihak hospital. so ok la kot.
blood test tu untuk kesan penyakit HIV, hipetitis, siflis & tahap hemoglobin dlm darah.
harap2 semua berjalan lancar.
ikut kata si ibu ni ujung bln 4 beranaknye...
setelah scan smlm, doktor kata 30 mac. huhuhu....
tak lama lagi.
hehehehhe
mummy! mummy!.oh...tak sabar nak dengar tu.

Tuesday, February 23, 2010

IBU SEGERA

wiken baru ni aku balik shah alam.
acara biasa, miting beradik beradik kat mama kandar.aku, kak long,perus & ida.
arma pun ada skali.pastu zizi & aweknya dtg nak hantar herbalife.
kak long nak start mkn herbalife. dah gemuk katanya.huhu...gemuk ke?????
balik rumah sambung pulak miting beradik2 kat tepi rumah sementara tggu en. suami blk dari puchong.(g belek besi2 kat puchong).
mcm2 cerita la keluar.hal keluarga la, kerja la, mcm2 lagi la.....
sampai la masuk ke satu topik :

aku : ari tu ada budak nak bg baby. dia suh setetlkan bil spital pastu dia minta upah mengandung RM 3k. aku terus tawar hati sbb dia sebut upah mengandung.

mem : budak mana?

aku : budak keje kejdai makan kat situ. tak nikah.

mem : ko dah ready ke? shukor nak ke?

aku : aku ready je. shukor pun tak kisah. tapi malas la pasal budak tu nak sampai 3k. skrg nak concentrate buat rumah. nak pindah sblm puasa ni.

mem : ko nak tak? klu nak bos bole setelkan.

terkejut la aku. pucuk di cita ulam mendatang. aku memang nak sgt2. dah lama aku nak. tapi di sebabkan hal2 mcm ni la buat aku tak jadi nak adopt baby. mahal beb. mana nak cekau duit. bil spital bukan murah.

so dah 2 ari ni aku sibuk mencari klinik bersalin untuk budak ni. pening kepala aku. nak kena operate la pulak. sbb before this dia operate so kali ni tak leh normal.
aduhh!!!! segan la pulak nak minta boss byr bil yg byk tu.

harap2 cita2 aku nak adopt baby ni tercapai.
amin.....

Friday, January 15, 2010

LANGKAWI DAY 3

huwaaaa....bgn lambat.
gara2 en. suami ngan mr. R g tgk live band la ni....
huhu.....blk hotel pulak aku dah start packing2 tuk blk ari ni...
g bekfas pastu naik atas titun...huhu...apa da kan???
bgn g idaman suri sbb nak suh org tu pack masuk kotak semua brg2 g bl smlm.
pastu lunch. pusing2 pekan kuah & jetty point.
sempat sambar 2 helai t-shirt.
balk hotel mandi n check out.
round2 area air port .
g mkn laksa d tepi pantai.
sedap wooo.....
pastu g awana porto malai. click2 amik gmbr pastu gerak ke airport.
selesai la sudah percutian di langkawi.
kena charge lebih muatan RM 150.
huhu,.....kopak!!!
apa2 pun puas ati la sbb dapat bercuti dengan tenang.
hehhehe....

Wednesday, January 13, 2010

2nd day
bangun pagi awal sbb nak lepak bekfes lama2 kononnya...
tapi frust sbb tak byk choice.so dah setel bekfes naik bilik sambung titun.hehehheh(apa da punya melancong kan?)
bangun pastu siap2. SHOPPING TIME!!!!!
mr.R dah tunggu kat bawah.
ikut mr.R & family g idaman suri.
erm....memang idaman suri pun....
geram je tengok brg2 yg ada dlm tu.
kalau la poketku tebal.harusssssss ku beli corning ware vision pyrex bagai.
huhu...apa kan daya poket ku nipis.
ada la sambar sikit2 kat idaman suri.
pastu gerak ke hj ismail pulak.
kat sini la en. suami memborong cekelat.
RM 350 untuk cekelat sahaja.huh!!!! nak bg sapa tu en. suami oii....
setel membeli belah balik hotel nak hantar cekelat2 ni semua.
kang cair lak klu bior dlm keta.
pastu lunch kat area padang mat sirat.
makan kat sini tak yah risau la...gerenti sodap.
setel mkn bermula la pengembaraan en. suami.
dia dah siap beli map langkawi.
kami pusing satu langkawi.
samapi kehujung teluk datai.pastu balik ikut jln lain,
singgah pantai batu tengkorak,pantai pasir itam (mkn laksa)
pastu sampai la ke pekah kuah semula.
singgah lagi kat idaman suri sbb mrs R nak membeli lagi.
pastu g dataran lang.
jalan2 amik gambar je....
penant sungguh. balk hotel rehat kejap pastu siap2 nak g awana porto malai.
hantar cekelat mr.R.
sambil tu nak jln2 tgk hotel yg mahal itu.
memang cantek la hotelnya.
en. suami & mrR g tgk live band kat eagle rock cafe.
aku & mrs R lepak bilik sbb anak2 mrsR nak tdo.
huhu....kul 3 pg sampai hotel.
zzzzzz..............
sambung esok ye day 3

Tuesday, January 12, 2010

selesai sudah....

hehehe....
dah balik dari bercuti.
hepi sangat sebab bercuti kali ni tak de gangguan kerja.
(cuma phone en. suami je la ada bunyi2 jugak ari jumaat & sabtu tu)
1st day
bergerak dari melaka hampir 4 pagi.
lps keje aku tak tdo. packing & siap2.
singgah rumah cik ani sbb nak tinggal keta kat situ.
sblm 6.30 dah ada kat LCCT.
bekfes jap.mata agak mengantuk sbb lum tdo.
(en. suami dah tdo sekejap kat umah)
8.30 pg sampai airport langkawi.
erm...agak pening sbb tak tdo pastu flight gegar2 pulak. hujan....
terus call keta & terus ke hotel Aseania.
jumpa kwn en. suami & family.
diaorg dh sampai sehari awal dr kami.
borak2 kejap pastu kami gerak mencari hotel pulak.
habis dah satu pantai chenang tu kami round.
ada bilik kosong tempat pulak mcm scary.
tempat ok bilik pulak mahal.
yg ada bilik2 besar RM300++.
apa jadahnya kami nak duk bilk mahal2 tu kan.....
dah abis round pantai chenang, kami round pekan kuah pulak
sama jugak.....bilik besar2 je....exec suite, deluxe suite....
tak kuasa la aku....
at last check in Eagle Bay. RM 150 dpt diskaun jadi RM 125.
ok la tu...
bole check in terus. tak yah tggu sampai kul 2 ptg.
lega....
bilik cantek, selesa, luas jugak & bersih.
rehat2 kejap. kwn en. suami call. mereka dah sampai nak ajak lunch.
g lunch kat area dataran lang.
sedap. ada bubur pulut itam...best3.
setel mkn, g jln2 ke cable car. sbb anak2 kawan en. suami ( mr.R) nak bg mkn arnab.
sampai sana memang tak de perasaan la nak naik cable car sbb dah naik sblm ni.
lg pun org ramai.
jln2 je kat bwh tu.
pastu g telaga tujuh.huhu.....sekerat jalan je....
tak larat la nak daki tinggi tu. 600++ anak tangga.
phew!!! sekerat je turun balik.
mr.R terus gerak sbb nak g check in kat Awana Porto Malai pulak.
kami blik dan jln2 area pekan kuah.
sampai bilik rehat2 kejap.dah janji ngan mr R nak lepak Big Apple.
g mkn big apel pastu jln2 jap dlm jetty pastu gerak ke pantai chenang.
huhu...happening sini mlm2. ramai omputih. memang cuci mata le....
jln2 sempat sambar baju. en. suami bl ubat resdung untuk isteri tercinta.
hahhaha(tq sbb blkan ubat tu)
dah penat, nak balk
sblm blk singgah awana. CANTEK!!!! ye la kan....4 star.borak2 jap pastu gerak blk hotel....
esok sambung 2nd day eh....daaa......

Sunday, January 3, 2010

menghitung hari

bukan lagu KD ye...
tapi aku tengah menghitung hari nak g honeymoon.
yeaa!!!!!
hampir tercapai cita2 aku nak berjalan berdua je dengan en. suami.
rasanya sejak aku kenal dia sampai la dah nak masuk 6thn berkahwin ni,
baru 2 kali je kami g jln berdua.
lain2 semuanya ada pengikut atau mengikut..
hehhehehe.....
so 8hb ni berangkat kami ke destinasi yg jauh dari rumah.
hahhahaha...macam la jauh sangat.
g langkawi je....
tiket dah beli lama dah.tggl tggu hari nak berangkat je.
tak sabar nak g sana, jln2 dengan en. suami.
semoga semuanya berjalan lancar.
tanpa gangguan telepon (tepon en.suami la yg asyik berbunyi klu dia cuti pada hari bekerja)@ apa2 aral lain yg akan melintang.
huhu...nak melintang pun tggu la lps blk langkawi ye....
shopping???
erm...tak kot. budget tak de.
yang penting nak jln2 luar dari melaka,n9 & kl.
nak berdua duaan ngan en.suami.