Sunday, March 29, 2009

sekarang ni musim exam ek???

ke...dah dekat nak exam?

erm...apa2 pun good luck untuk semua student2 yg baca blog ni.

Thursday, March 26, 2009

I **** this *****



sapa ni?

aku tak pakai jam mcm tu

aku tak pakai cincin tu

aku tak duduk di kerusi tu

so? siapakah ini?

the most ***** in the worl yg aku tau setakat ni.

@#$%^&*(*&^?&^%$?

Friday, March 20, 2009

@#$%^&*

hati aku sungguh tak tenteram ari ni.
aku benci tengok muka budak tu.
rasa nak ludah je muka dia.
sakitkan ati aku pastu buat muka tak bersalah.
g mampos la ko.

Tuesday, March 17, 2009

KENDURI

bulan ni ada banyak kenduri yg aku kena attend.
7hb g tepen kenduri kawin ita.
15hb g kenduri anak buah shukor d kpg pandan KL.
19hb kakak (adik ipar kak long) nikah kat kota kemuning.
21hb majlis kakak di kajang.
nmpknya every wiken gantung periuk.

smlm lps kenduri di kpg pandan aku g lepak umah wan kat jln kuching.
pastu g umah arma. lepak borak2 tgk tv pasttu mlm balik melaka.

Saturday, March 14, 2009

erm...

lamanya tak update blog.
mcm2 hal yg jadi baru2 ni.tak de masa nak update.

sabtu
g tepen. kenduri kawin ita. pergi berdua ngan shukor je. pagi sabtu bertolak dari shah alam. samapai sana lebih kurang kul 1lebih. perut memang tgh lapar...makan la apa lagi. aku suka g tempat yg orang tak kenal aku. senang aku bole makan tanpa malu2.(hehehe...ala2 gelojoh gak la ni).
lps mkn nasi, masuk dalam rumah tgk pengantin bergambar kat pelamin. tumpang sekaki gak la. pastu duduk2 je sementara tunggu satu team lagi dari shah alam lum sampai.sementara tunggu derang, sempat makan laksa plak. paham2 la kalau dha jumpa laksa utara...mkn memang tak tgk kiri kanan la...habis satu mangkuk aku telan. shukor cuma mkn sikit je.abg adi plak tak sempat nak minta.hehhe..padan muka dia.

abg pezal, kamil, dik dee & tunang dik dee sampai lbih kurang kul 4 petang. masa tu caterer dah start kemas meja dah. tungggu derang mkn jap pastu hujan turun lebat plak. abg yee telah memaksa zuli buat kopi & minta biskut lutut.layan la kopi '0' dan biskut lutut dalam ujan lebat tu. syok gila.

misi bermula, mencari kedai mee udang.hehehe...ni 1st time aku mkn mee udang. selama ni dgr cite kwn2 je. mee tu di goreng dan agak berkuah jugak la...pastu ada udang lebih kurang 13 ekor besar2 gak la...sedapnya meratah udang. memang puas ati la...
dah kenyang mkn mee udang kami semua gerak ke rumah abg adi.mandi2 dan sembahyang kami ke food court blkg bomba tepen pulak. misinya nak makan eskrem. ada mcm2 jenis eskrem kat situ.lebih kurang 60 jenis.
setel mkn eskrem aku ngan shukor ke hotel qasuarina sebab kak ngah shukor ada kat sana. jumpa sekejap pastu gerak blk shah alam.

ahad
bgn pagi dapat berita tak best. rasa nak marah tapi ku tahan kan jugak. malas nak bising2. dan paling penting malas layan perangai bangang manusia itu.
petang blk melaka ngan adi.shukor tak blk sbb dia masih bercuti.

isnin
duk umah je. langsung tak keluar dari pagar umah tu. keluar dari pintu umah je sbb nak sidai kain dan sapau porch. aktivitinya ialah kemas umah, tgk tv. bosannn...semua gara2 berita hampeh itu.

selasa
pegi hq qpq di shah alam.
bla...bla...bla...( top secrect )
setel masalah. balik umah kak long pastu kul 8 gerak blk melaka sorang2.
otw balik melaka tu aku call arma dari seremban sampai tol air keroh arma temankan aku berborak.segala benda yg serabut dlm kepala aku dah cite kat dia.erm...lega la skit kepala ni.

rabu - sabtu.
keje macam biasa tapi dengan semangat baru.

Monday, March 2, 2009

LEGA...

erm... aku rasa lega sangat2 hari ni sebab berjaya setelkan saman trafik.( tak pakai seatbelt )
aku kena saman tu bln lepas.
dalam surat saman tu ada tulis boleh dikompoun di balai polis trafik melaka tengah sebelum 4 march.
pastu ada tulis gak kesalahan dia atas akan di bicarakan di mahakamah pada 18 march.
aku memang cuak sikit bab2 undang2 ni.
kena g mahkamah lagi la aku takut.
so bila tgk bole kompoun sblm 4 march aku pun g la td.
aku g ngan adi sbb dia pun kena saman gak. ( dia yg drive masa kena saman tu ).
sampai sana aku g kaunter bayar saman, aku bg surat saman aku. pastu perempuan ( tak tau la dia polis ke tak sbb dia tak pakai uniform. kaunter lain semua pakai uniform ) kat kaunter tu cakap sman belum masuk.erm...pelik la pulak.
dah hampir sebulan kena saman tapi saman aku tak de dlm system.
(patut la aku cek online tak de)
pastu aku kena tunggu. polis kat kaunter sebelah tu amik surat saman aku pastu panggil aku.
katanya kena bayar RM300. alamak!!! pokai la aku kalau kenaRM300. aku senyyum je la sbb memang terkejut gak la...
pastu polis kaunter lagi satu(perempuan cantek) panggil dan kena bayar RM40 je. dua org ngan adi RM80. Fuh!!! lega...polis yg mula2 td saja je buat aku cuak.
apa2 pun akurasa lega sangat sbb dah setel dan aku tak perlu g mahkamah.( tak minat !!! )

Sunday, March 1, 2009

kaunselor tak bertauliah

aku baru je habis berbual ngan kwn aku.(call aku mlm2 buta ni...)dia cakap yg dia frust ngan sikap laki dia.(tetiba aku kena jadi kaunselor lak )
derang dah plan nak keluar tgk movie mlm td.
kwn aku ni blk kje awal dan bersiap2 la nak keluar.
tetiba laki dia suh tukar baju.laki dia kata baju yg kwn aku pakai tu tak sesuai untuk perempuan yg dah berkahwin.(erm...ada ke baju untuk org bujang & org kawin?)
so kwan aku ni ikut je apa laki dia cakap.
dia pun tukar la baju dah pakai t shirt je akhirnya.
simple mcm nak g pasar je katanya.
kawan aku ni ngadu la kat aku,katanya dia tak kisah kena tukar baju tapi dia rasa laki dia tak patut ckp baju tu sesuai untuk org bujang je.(dia nak ikut fesyen terkini jugak).
dia rasa tak patut sbb laki dia ada hobby mcm org bujang.
dan laki dia selalu ada aktiviti yg biasanya org gujang je buat ngan kwn2 bujang dia.
so bg dia kalau laki dia bole mcm org bujang kenapa dia tak bole?
apa aku nak jawab?sbb aku sendiri tak penah jumpa baju org bujang dan bj org kawin.
(baju org pregnant adala....)lagi pun bg aku dengar je bole la...
nak bg nasihat tak berani sbb takut tersalah cakap.
lgpun yg bermasalah perempuan minta plak pendapat ngan pompuan gak.
so bias!!! bahaya.apa aku buat cuma dengar dan cakap kat dia sabar.
pastu aku dah tak leh tdo sbb dok terpikir kan dia.
maka aku pun keluarkan la masalah kwn aku tu (yg dah jdi masalah aku pulak) kat sini.
harap2 dah luah semua ni bole la aku tdo dengan lena.
mcm2 hal manusia dlm dunia ni kan...