Sunday, October 31, 2010

25 jam

lagi 25 jam aku akan sampai kota kemuning.
(lebih kurang la...)
dah tak sabar dah ni.
lama dah rasanya tak balik KK.

en suami akan hantar aku & Izzat mlm esok.
rabu mlm jemput semula.

takut nak drvie jauh2 berdua ngan Izzat,
mcm2 hal kat hiway tu.
Izzat pun dah makin lasak.
klu berdua je kang dia buat perangai dlm keta parah lak.

ada byk program yg aku dah plan sepanjang di KK nti.
huhu...cukup masa ke???


* sakit kepala yg teramat sgt skrg...

Wednesday, October 27, 2010

tanam

1st skali nak say thank you so much to my in law.
mggu ni mereka nak tolong bersihkan umah baru & tanam pokok2 katanya.
tq mak & abah.luv u soooo much!!!!

mr B : tadi mak call
mrs B : eh...nape? nak balik kl mggu ni ke?(mrB driver mak & bapaknya)
mr B : mak ajak bersihkan umah lagi ahad ni.
mak nak tanam pokok limau, cili, bunga melur.mangga.mak dah standby anak pokok.

mrs B : erm...bestnya....tapi please....tanam susun cantek2 jgn sepah2.nnti saya merajuk.
umah tu saya nak duduk lama.
mr B : tak pe la...tanam je....nnti awak alih la...(tak nak bantah mak.bior je mak nak tanam
kat mana pun )

mrs B : erm.....(dah terasa nak nangis sbb terbayangkan pokok2 yg di tanam bukan di tempat yg sudah di plan)

huhu....mcm mana ni???
aku nak tggl kat umahtu lama.aku pun ada share gak kat umah tu.tak nak la nnti suka2 ati je tanam tmpt tak sesuai. aku dah bgtau en. suami mana nak tanam pokok2 tu semua.harap2 en. suami tak lupa nak bgtau mak dia tempat2 nak tanam tu.

bila nak pindah???

Sunday, October 24, 2010

tenang.....

nape aku tak leh bertenang???
lek la kan....
aku dok pikir susah je nak pindah umah ni...
pikir nak packing angkut & unpack lagi...
huhu...

dulu pindah brg tak byk.
anak pun tak de.
la ni brg dah bertambah anak lagi...
huhu...dah le sebatang kera kat melaka ni.

sapa nak teman aku pindah umah???

tak pe2...wat ilek faridah...
lps ni pindah umah sendiri.
klu nak pindah lagi pun maybe amik masa lagi 10 thn kot.(kecuali la klu tetiba dapat durian runtuh pindah banglo lak kan hehhe...)

Fuhh!!!! tarik napas tahan...lepas!
demi rumahku syurgaku aku akan bertenang supaya semua berjalan lancar dan kepala tak sakit.

Friday, October 22, 2010

PULAK DAH!!!!

demam pulak ni ha...
ptg td selsema.
mlm ni rasa badan dah tak best.
perut dah 2 minggu memnag tak best je....
adoiii!!!!! byk benor masalah eh aku ni la...

semua ni gara2 teman Izzat tdo dlm ekon.
aku ni kan org kampung.
mana bese tdo ekon2 ni....

demi anak tersayang yang asyik berpeluh2
gelisah tak lena tdo
mummy tercinta on la ekon tu supaya Izzat bole lena.
akibat eh....den lak yg domam ha...

erm...apo nak buek....
mkn yo la ubat.
adios!!!!

Wednesday, October 13, 2010

JIRAN

mlm td g tgk umah.
paip dah ada rupanya...
tak perasan lak masa dtg last week.
erm...dah bole plan bila nak p basuh umah ni.

lampu dan kipas pun dah pasang.
cuma lampu kat hall & porch je lum pasang lagi.
en. suami kata nak pasang lampu apa ntah.lum beli lagi katanya.
aku memang bg sepenuh kepercayaan kepada en. suami untuk pilih kipas & lampu kat rumah tu.
cuma dia mana letak plag & suis je aku yg tentukan.
sbb aku dah plan susun atur perabut kan...so plug semua kena la ikut plan aku.hehehee....


sempat la masuk umah jiran smlm.
dia yg ajak. "meh la masuk tgk2 umah, bentuk sama je"
pucuk di cita ulam mendatang la kan....
cantek rumah dia. cat baru, plaster ceiling,kabinet dapur, lampu2 semua la....
"kami baru nak merasa beli rumah, you all muda lagi dah dapat beli rumah"
kata si isteri.muda ke kak??? dah tua kak oiii....31 thn dah ha...
si suami kerja d mahkamah & si isteri guru sekolah menengah.
erm.....senang dah nak anta Izzat tuisyen.
kata si isteri, ada 3 org guru sebaris ngan rumah kami tu.
kebanyakkan jiran kami org gomen.

happy dengan jiran yg rumahnya melekat ngan rumah kami ni.
jiran2 lain??? nnti dah pindah la kita kenal2 eh....

bila nak basuh rumah?
nak angkat brg?
yg dah packing tu bila nak angkat?
nak packing lain2?
argh!!!! penatnya nak pindah umah...
tapi lepas ni lambat lagi nak pindah pun. tggu dapat banglo la baru pindah pulak.

mula2 kawin duk flat.tingkat 4.
rumah ke dua dari tepi.
selepas setahun pindah teres.
rumah ke dua dari tepi.
lps ni pindah semi-D.
kembar dua biji rumah. dua2 pun ada tepi.hahhahha.....
Alhamdulillah.....Syukur dengan rezeki yg Allah bg.

Friday, October 8, 2010

Baby Sitter

haish!!! dilema tul la dapat BS yg selalu nak cuti je ni...
sakit kepala pikir mana nak anta anak bila dia cuti.
wahai kak BS, bole tak jgn cuti selalu???
saya tak pernah potong duit akak selama ni.
jgn sampai saya potong lak ye...
tq :)

Tuesday, October 5, 2010

S I F

Shamsul Izzat Fahmy dah berumur 6 bulan 5 ari.

Alhamdulillah....setakat ni Izzat sihat & tak banyak kerenah.

tak menyusahkan langsung & rezeki untuk Izzat sentiasa ada walaupun Mummy kadang2 "shesak".(bukan kadang2 selalu sebenarnya.hehehe....)


semalam bawak Izzat g klinik untuk cucuk dos ke 3 hepatitis.

doktor kata Izzat sihat & normal.

lega telinag ni mendengarnya...

lps ni 2 bln lagi baru ada cucuk lagi.


selalu aku tgk dlm facebook...beberapa org kwn ni update status anak demam.

dlm sebulan mesti ada sekali atau 2 kali anak demam.

sian jugak bila membacanya tu.

aku bersyukur sangat2 sbb setakat ni Izzat di kurniakan kesihatan yg baik.

semoga kesihatan Izzat sentiasa dlm keadaan baik selalu.


ye la kan....klu dah asyik demam je macam mana aku nak keje kan.

dtg keje pun kepala dok ingat anak susah jugak.

cuma Izzat pernah kena ruam kat bird dia.

tapi dah ok dlm masa tak sampai seminggu. beli cream kat farmasi.


sgt teruja 1st time raya bertiga.
dah 6 tahun raya berdua je...
Mummy & Ayah sayang Izzat!!!!

Friday, October 1, 2010

lupa lalai leka

sebagai manusia kita memang selalu lupa lalai dan leka.
Aku, Lim dan Islam
Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11amAku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah .
Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing
peliharaan keluarga Lim.
Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama.
Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya." He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T.
Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku. Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..
Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.
Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?
Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.
Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.
Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.
Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.Aku ingin berdakwah!Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?