Sunday, March 23, 2008

ari ni aku bangun pagi dan buat goreng pisang untuk hubby tersayang.mlm tadi sblm tido dia minta aku gorengakn pisang yang mak dia bagi.so lepas siap goreng pisang aku masak pulak lauk kegemaran mak mertua aku.plan nak gi rumah dia mlm ni.itupun kalau aku balik keje awal.kalau balik lambat nampaknye hubby je la g sorang.
aku masih dalam dilema nak mencari kerja baru ni.separuh hati aku nak cari kerja lain, separuh lagi nak stay dan bersabar di sini.sakit kepala aku pikirkan masalah ni.
hubby tak komen apa2. dia cakap terpulang mana yang aku pikir baik untuk diri aku.
pening, pening!!!!!

Saturday, March 22, 2008

ari ni aku rasa mood ok skit berbanding smlm.rasa mcm nak mengeluarkan peluh la ari ni.apa keje aku nak buat agaknye?tak kan nak berlari setempat lak kan?erm.....apa nak buat ni?harap2 bos aku tak menghilang kan mood aku lagi ari ni.dan aku harap perempuan gila kuasa tu tak cari pasal ngan aku ari ni.

Friday, March 21, 2008

ni la tempat yang syok untuk melepak di petang hari tapi aku tak de peluang pun nak buat mcm tu sbb sibuk kerja.kalau pondok ni ade dinding(setengah pun ok) menarik jugak.senang la aku nak menyorok. tekanan sungguh kerja aku sekarang.mana la aku nak pegi untuk lari dari segala tekanan kerja?atau aku hapuskan perempuan perosak tu supaya aku bole bekerja dengan aman bahagia.dia memang tak patut wujud sebenarnye.tensen!!!!!!!!!!!!!
rasanya bulan ni semua org akan boring baca blog aku ni. tiap2 ari aku akan bercerita tentang tensennye keje aku sekarang.bos aku yg mudah di pengaruhi dan sorang perempuan(layak dipanggil betina) yang sentiasa mengampu bos aku untuk menjatuhkan org di sekelilingnya. tak de la hebat sgt perempuan ni.hasil kerja dia macam biasa je.tapi bila ade org dapat buat sesuatau yang dia tak mampu buat dan org itu mendapat pujian mula la dia menggunakan berbagai cara untuk menjatuhkan org.dah 2 org pekerja berhenti gara2 si perempuan ni.benda kecil di besar2kan.kalau dia buat silap cepat2 cover.pusing cerita.yang aku tak paham kenapa bos aku percaya sangat kat dia ni?ntahla....bos aku ke yang buta menilai atau perempuan ni telah membutakan bos aku?

Thursday, March 20, 2008

Hari ini adalah hari yang sangat membosankan.di sebabkan aku kena kerja pada hari Public holiday.tak de mood nak buat kerja so aku creat la blog ni.ada masa lain kali aku update.
tq 2 all viewer