Friday, April 25, 2008

SALAH SIAPA SIAPA SALAH PENING PENING PENING

tak tau nak mulakan dari mana. aku sendiri konpius siapa salah sebenarnya dalam situasi ni.
aku kena siapkan report tahunan untuk mesyuarat agong. A minta aku serahkan semua report padanya untuk di serahkan pada boss. boss nak cek dan sain. kemudian dia kana serahkan pada B untuk di binding menjadi buku. so, seperti yang di arahkan aku pun serah kan laporan aku pada A, dan aku tak amik tau langsung lagi tentang report tu. aku tak tanya pun boss puas ati ke tak dengan report yang aku buat. pendek kata, lepas serah pada A, aku terus lupakan pasal report tu. sebab bulan april ni memang aku sangat bz di opis.
pagi tadi, masa aku on the way nak g keje, B call kata bos belum sain lagi report aku. dia suruh aku call boss sendiri bagitau tentang ni. dia suruh aku minta maaf ngan bos. B dah print report tu jadi 50 buku. aku tak terus call boss, aku call A, bagitau dia pasal ni. A cakap "la...ye ke? kenapa awak tak bg boss sain?" aik!!! pelik? aku jadi konfius sekejap. bukan A ade cakap nak bg boss sain ke sblm ni? tahun lepas pun mcm tu jugak. aku serah pada A, A bg boss sain pastu serah pada B, B binding. nampaknya A dan B salahkan aku dalam hal ni.
so aku pun tak tau nak rujuk pada siapa lagi, aku pun call PA boss. tanya dia apa patut aku buat. PA boss suruh anta kepada dia, dan dia akan serahkan pada boss. boss akan sain setiap buku. dan aku kena SMS atau CALL boss bagitau hal ni. tentu la aku pilih sms. hehehe..tak kuasa aku nak dengar bebelan boss nanti. sbb aku rasa aku mangsa dlm hal ni.
aku dah bgtau B supaya anta semua buku tu pada PA boss. dan aku dah sms boss bgtau hal ni. bos reply kata lain kali kena peka. erm... ye la....aku malas nak pikir sangat. ikut je arahan dia. selagi aku bole tersenyum, aku senyum la....
harap2 penderitaan otak aku akan cepat berakhir.
serabut!!!

Thursday, April 17, 2008

16 April
Seperti yang telah di duga, aku kena marah ngan bos pasal semalam. Lantak la...yang penting aku dah dapat apa yang aku nak. Bos nak bebel panjang lebar pun aku dah tak heran. Aku dengar je sambil tersenyum. Kalau nak tunggu cuti, ntah bila. Bln 5 ni lagi sibuk. Every weekend keje. Nak cuti weekday pun payah. Aku pelik la bos aku ni, dia tak Nampak ke yang aku ni keje setiap ari?
Dia tak pikir ke aku ni tak perlu balik kampong jumpa family ke...aku bukan anak buluh betung, aku bukan sebatang kara dlm dunia ni, aku ade family.
Dia macam tak pikir lak.....dia nak aku tiap2 ari masuk opis. Abis tu bila masa aku nak berehat? Yang lebih membuatkan aku geram, bos tak nak Tanya cerita sebenar apa yang berlaku terus nak marah je....bebel je....aku pun malas nak amik port dengar je la.....kalau menjawab kang lagi lama dia membebel.
15 April
Hari ni public holiday di Melaka tapi aku tetap kena keja. Jam 12.30 aku meninggalkan opis dan trus ke kl. Lokasi utama low yatt plaza. Mula2 cari phone. Dah dpat phone register plak celcom broadband dan beli adaptor untuk di sumbatkan kat laptop ni. Pastu g cari plastic cover keyboard dan skin luar laptop. Erm...kalau dah kat syurga IT tu memang sedap je la membeli. Rambang mata jugak. Banyak sangat pilihan. Dah habis 4 jam setengah memilih dan membeli akhirnya balik ke cheras. Habis 2 ribu lebih gak. Hehehe.....hubby la bayar semua tu....aku tau mintak je. So aku rasa lega sikit sekarang sbb keperluan IT aku dah hampir sempurna. Senang la nak buat keje dari rumah lepas ni. Hubby pun bole la meluaskan keja sambilan dia menjual spare part. Apa2 pun tq so much to hubby sbb belikan handphone dan barang2 lain tu.
13 APRIL – 2130
Dah dua ari tak balik rumah. Baru ari ni dapat balik. Sama jugak, macam biasa tak de apa yang baru atau berubah kecuali.....U Robic. Baru 2 kali aku cuba....penat. benda nak bersenam dah ade depan mata, terpulang pada aku je lagi nak guna atau tidak. Erm.....bole ke aku disiplinkan diri aku bersenam setiap ari? Tengok orang lain badan cantek, jeles.
Weekend kali ni terisi dengan kehadiran anak2 buah yang nakal2. Hubby kata degil. Mak pun ade skali. Plan awal mak nak mandi wap sebab semput mak dah datang balik. Tapi schedule padat. Ade je programnye....tak sempat nak g mandi wap. Mak kata nak datang lagi hujung bulan ni. Sorang2. Naik bas. Erm.....datang la mak....nak duk sini lama2 pun tak pe.
Hubby pegi serting ari sabtu malam. Tengok race kereta. Kawan dia dua orang join race tu. Jam 6 pg ahad baru sampai Melaka semula. Harap2 hubby tak join race macam tu. Tak de pekdahnye...membazir duit je nak seting kereta. Kalau menang pun hadiahnya bukan lumayan pun. Tak yah join ye sayang....
10 April – 1419
Hari ni aku rasa stress pulak. Tak tau la kenapa. Rasa nak marah je....pepagi buta penyelia kak ji call bgtau kak ji tak dtg. Pastu minta apen back up kiah buntal lak yg dtg. Pastu sibuk2 lak nak Tanya kenapa kak ji tak dtg....huh!!!! bila kak ji keje tiap2 ari dengki , org tu tak dtg pun dengki. Tak tau la aku manusia ni....semuanye tak kena. Tak bole tgk org lebih skit....dan hubby pun buat hal plak. Benda yg aku baru bgtau mlm tadi Tanya balik pg ni....sekejap je dah lupa. Pastu soalan mcm aku plak yang bersalah. Hampeh!!!! Tertekan sungguh la.
2324
Ptg td aku keluar dari opis kul 1835. Semuanya gara2 nak g beli hphone. Sampai rumah angkat kain dan sidai kain pastu tunggu hubby siap. Mula2 g ocean. Pastu takde yang menarik g mahkota parade lak. Pun tak de yang menarik. Masa jalan kaki nak keluar dari mahkota parade hubby ajak mkn pizza. So masuk la mkn. Setel mkn trus gerak nak keluar. Lalu depan kedai osim. Ade la sorang saleman tengah duduk atas u robic. Hubby Tanya harga alat tu. Sebab dulu ada plan nak beli i gallop tapi tak kesampaian. Mahal. Bila saleman tu bgtau harga alat tu tadi hubby terus berhenti melangkah dan tercengang. Hubby Tanya lagi sekali, kot la salah dengar. Pastu sales tu pun explain la kat kami pasal alat ni. Aku pun cuba la sekejap alat tu. Memang best pun dan amat berguna untuk kami yang tak de masa nak g gym ni. Trus hubby setuju nak beli. Hphone aku tak dapat lagi ni......so kami pun beli la u robic tu dengar harga RM1438. Termasuk reg membership RM50. Beli tu tadi guna kad standard charted aku yang baru dapat last week. Perasmi la u robic ni. So h phone aku nanti hubby belikan kat low yatt plaza bila dia balik kl. Ntah bila tak tau la....
Sementara tu aku guna la hphoen skrg ni. Hubby akan beli hphone yg harganya lebih kurang sama ngan u robic ni. Pastu bole la kau reg broadband celcom dan bole la aku menggunakan internet di rumah. Yahoo!!!!!
Hari ni hubby g keje kat wshop man. Semalam tak g. Penat sangat katanya. Berdengkur tak sedar aku kat sebelah sampai ke pagi. Bila dia bangun pagi tadi dia kata leganya kepala dan badan. Ye la....dah beberapa malam hubby tak cukup tdo. Kesian dia. Teruk2 cari duit untuk kami. Tapi.......aku minta duit nak rebonding rambut dia tak bagi lagi. Tunggu raya katanya. Lambat gila. Sabar je la...
9 April – 1537
Aku rasa lega yang teramat sangat. Kak long jadi buka cafe. Maybe sebelum puasa kedai akan beroperasi. Mudahan-mudahan semuanye berjalan lancar. Dapat la aku menenangkan otak lepas ni.
2303
Aku tak tau nak gambarkan perasaan aku malam ni. Suka dan risau bercampur aduk. Aku rasa lega sangat sbb kak long jadi buka cafe. Tapi dalam masa sama aku risau macam mana nak resign dari keje sekarang. Suka ke bos bila aku tak de? Marah ke dia aku resign? Tapi dia tak de hak sebenarnya nak marah sebab ni masa depan aku sendiri. Kalau aku bole dapat gaji lebih bagus di tempat lain kenapa aku tak cuba. Lagipun waktu kerja aku nanti lebih fleksible. Dan aku ade shift. Tak perlu lagi kerja dari pagi sampai malam macam sekarang. Aku doakan semoga semuanya berjalan lancar.
8 April – 2341
Boring gila duk umah sorang2.hubby kat wshop man. Part time. Ntah kul brape nak balik. Dah lama rasanya tak berborak ngan hubby. Dia bz ngan hal motornya...aku lak bz keje mcm org gila. Sampai bila la agaknya kami akan mcm ni? Tadi aku buat ovulation prediction test. Tak de hasil lagi nmpknye. Bila agaknya kami akan dapat anak? Dah lama mencuba. Adakah aku tak de peluang langsung?
Hari ni di opis agak memenatkan dan memeningkan otak. Sampai bila agaknya aku akan bekerja di situ? Selesa tapi tertekan. Harap2 plan kak long nak buka cafe menjadi.. Bole la aku berhenti dari kerja sekarang.
Ngantuk tapi hubby lum balik lagi.

Thursday, April 3, 2008

APRIL ?!?!?

bulan april ni membawa banyak makna dalam hidup aku. ade banyak date aku kena ingatkan.besday mak 4hb, annivesary mak & arwah ayah 3hb,besday perus 10hb,aku bertunang 19hb, ayah meninggal dunia 19hb,besday ojon 26hb, besday abg long 26hb, besday kak ji 27hb.
erm.....banyak kan? yang best yang sedih banyak berlaku dalam bulan april ni.biasanya bila masuk je bulan april, kak long akan contact adik2 untuk plan nak beli hadiah apa untuk besday mak.kami akan share adik beradik.tapi biasanya kak long la akan keluar duit paling banyak.hehehe....dia kaya tak pe....tahun ni kak long kata nak beli jam tangan.aku hanya akan bank in duit ke akaun kak long. lain2 urusan kak long buat.dia yg akan pegi beli.ye la.....dia lebih arif dalam hal2 ni.aku ni tak pandai sangat. apa yg ok bg kak long ok lah bagi aku.
yang paling tak best nye bulan april tahun ni adalah bulan paling bz di tempat keje aku ni.ade banyak event so sepanjang april aku akan balik lambat.erm...kesian hubby.dia pulak kena tunggu aku balik keje.mcm semalam aku sampai rumah jam 1 pagi. hubby dah tido.tak pe la kan darling....kalau tak usaha lebih macam mana nak senang ye tak....lagipun dh tanggungjawab aku.
ada banyak lai aku nak story dalam ni....tapi sekarang bz. so aku sambung lain kali eh.
bye n have a nice day to all viewers.
SALAM.