Thursday, October 23, 2008

KIWI BLITZ


ini namanya kiwi blitz. di topping dengan white chocolate dan ada jel kiwi di tengah2 nya. rasanya masam2 manis. mula2 keje dulu aku tak suka.tapi bila bila dah try sekali trus minat. so don't jugde the book by it's cover. sedap....should try it.

Wednesday, October 22, 2008

SAY CHEESE


yang ini say cheese namanya. berbentuk bulat dan berlubang di tengah2. ditopping dengan white chocolate dan di taburi hirisan- hirisan cheese. rasanya manis dan masin2 ( cheese ) skit. bagi yang sukakan cheese memang pasti menggemari donut ini

Tuesday, October 21, 2008

PINK PANTHER

yang ini namanya pink panther. mcm nama kartun plak kan?...
didalam nya ada cream starwberry, kemudian di topping dengan strawberry dan corak berlengkar2 dia atas tu di lukis menggunakan white chocolate.
rasa manis strawberry tu memang memikat. cuba lah...

Monday, October 20, 2008

CHOCOHOLIC




hari ni aku nak cerita pasal donut yang ade kat big apple ni.
yang dlm gambar ni namanya "chocoholic "
di dalamnya ade chocolate, kemudian di topping dengan chocolate.kemudian corak bintang atas tu di buat dari white chocolat.
bagi yang suka chocolate bole la mkn ni.
lain kali aku update donut2 lain ye.

Friday, October 17, 2008

MY FAV DRINK


di big apple ade mcm2 air di jual,

espresso - kopi yang hitam dan pekat. hidang dlm cawan kecik

americano - kopi hitam ( tak pekat mcm espresso) bole campur dengan gula / creamer

cafe latte - kopi yg di campur susu (mcm nescafe susu...heheh)

caffe mocha - kopi campur coklat campur susu

caramel latte - kopi campur susu campur caramel


masa aku trainning dulu....fuh! pening gak aku nak hafal nama2 dan cara2 nak buat kopi ni semua. dah la nak kena ingat resepi pastu nak kena ingat corak pulak. setiap kopi lain coraknya(di panggil topping). kopi yang paling aku suka CARAMEL LATTE. kalau org yg suka manis kena la tambah gula lagi. kalau tak suka manis tak perlu tambah gula sebab caramel tu sendiri dah manis.

selain dari kopi ade jugak lemon tea, apple tea,jasmine tea,green tea,peppermint tea,chamomile tea,english breakfast tea, earl grey tea.

juice pun ade jugak.oren juice & apple juice

semua coffee & tea bole dihidang panas atau sejuk

selamat menjamu selera....





minggu ni ntah apa kena si evik ni tak tau la....suka sangat sapu dan mop stor.kalau sebelum ni tugas kemas stor biasanya ROKIP yang buat.agaknya roki dah bg aura rajin pada evik kot.kalau semua staff mcm ni kan best.
aku belum cerita lg pasal NUR ROKIP kan?
haha...staff yg sorang ni ade banyak cerita.nanti aku dah dapat gambar dia aku cerita pasal dia pulak

lupa buat durian

kanan sekali tu waljiyanto. tgh suranto dan kiri skali gimin. pagi ni waljiyanto & gimin shift pagi. mereka lupa buat durian. akibatnya potong RM3.hehhe.....apa tu potong RM3? nanti aku cite dlm post lain.

facebook

hari ni aku blajar satu lagi ilmu. FACEBOOK. heheh....org lain dah lama ade, aku baru nak explore mlm ni. itupun kawan aku akja yang bgtau. sekarang senang la aku nak chat ngan dia yang jauh di kota mr.bean tu.dapt tgk gambar2 dia kat sana.
tq akja for the ilmu.

Thursday, October 16, 2008


ini PARTIMAN. paling tua dalam outlet ni. dah 32 tahun. lebih tua dari aku. tapi panggil aku kakak jugak.erm....lantak kau la partiman asalkan ko bahagia.sebelum ke melaka dia ni leader production di the curve. di outlet melaka pulak kami baru je mengamalkan sistem leader mingguan. nak bagi semua staff bertanggungjawab dengan tugas masing2. sebab sebelum ni kalau ada problem dengan donut semua staff production menuding jari pada partiman je.aku tak suka mcm tu. tak nak bertanggungjawab. kalau partiman tak de kan susah. so aku cuba sistem leader mingguan. setiap minggu tukar leader. apa saja masalah berkenaan production leader minggu tu akn bertanggung jawab. kalau off partiman amik semula tugas leader tu untuk sehari.
harap sistem ni bole membuatkan mereka semua lebih bertanggung jawab dan kerja dengan lebih berkualiti.

ini SURANTO. 23 tahun.dia baru nak menggoreng donut. aku suruh posing kejap nak amik gambar.dia ni nampak je kecik tapi suara...mak datok!!! macam pakai speaker. besar betul. baru 2 minggu keje di melaka sakit. masuk wad hospital melaka. operate apendik.erm....kesian. masa di hospital senyap je...bila aku tanya dia hanya angguk atau geleng je.(perut yg sakit ke mulut?)
sekarang ni banyak cakap pulak, menyanyi pun kuat. dah la suara tu kuat.rasa mcm nak masukkan balik ke wad biar doktor potong lagi sebelah perut tu.
"kalau jalan dengan kanca pastinya tertinggal di belakang, kancanya sudah jauh di depan" itu lah komen GIMIN tentang si budak kecik ni. gimin dan suranto ni teman tapi mesra. keje nak sama shift, rehat pun nak sama...haha....sekarang tak bole lagi. partner shift telah dirombak. untuk kebaikan semua pihak.

yum yum....sedapnya!!!!!


ini gambar donut yang sedang digoreng. mesin untuk menggoreng ni di panggil robot. kalau robot tranformer kan best.bole gak tukar jadi kereta dan drive aku ke rumah setiap ari lps keje. nampaknya donut hari ni semua ok. tak de yang kecik2 mcm sebelum ni....staff production lebih berhati2 sejak kami meeting last week.

ini orang kuat big apple melaka. kalau tak de minah ni susah aku ( kalau ade pun susah jugak )hehehe jangan marah ye lin...nanti kena jual.
setakat ni aku dan lin yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga outlet melaka. tq boss sebab bagi kami peluang mencari rezeki disini. harap boss tak jemu bagi tunjuk ajar pada kami.
aku dan lin bertugas bergilir2 mengikut shift. kalau dia keje opening aku closing begitulah sebaliknya. shift kami tukar setiap minggu.kalau aku off lin akan bertugas double shift.mcm tu jugak aku kalau lin pula off.
lain kali aku update pulak tentang kepala kami yang pening melayan kerenah anak2 outlet ye...
(memang sakit kepala sungguh...bole kena sakit darih tinggi)

gambar ni aku ambil pada waktu pagi. sebelum outlet di buka. inilah anak2 yang bertugas shift pagi. jam 6.30 dah keluar rumah. sampai jumpa hantu dalam perjalanan datang kerja.(pelik kan...diorg pun degil mcm hantu jugak tapi takut bila nampak hantu)hehhe...
yang kanan tu nama EVIK JONI SETIYAWAN (bukan setiawan perak tau). baru 21 tahun. sebelum datang melaysia dia ni mat rempit di kampungnya. mak dia suruh datang malaysia kerja. sebab di kampung dia tak kerja,menghabiskan duit mak bapak je...
yang tengah tu WALJIYANTO. dia ni pendiam skit. mata stone je mcm nak tido.
yang kiri tu GIMIN. dia ni kelakar sikit. bila bercakap lambat bangat. berlagu2 pulak tu...macam baca syair.
tiga2 anak ni bagus. tak banyak kerenah. kerja pun bagus. tapi bila buat stok rekod masa closing problem. nak tertido aku menunggu mereka siapkan rekod. kena masuk skolah lagi diorg ni...

nanti aku update lagi anak2 lain ye

anak2 outlet



ha!!! ini lah anak outlet yang suka menari. hip hop kononnya...tapi aku suka dia sebab rajin dan senang di suruh. tak banyak bantah. GIYANTO namanya baru je 20 tahun. kesian kan.....muda lagi dah merantau jauh2 mencari rezeki.
boss, jangan marah ye...gambar ni dia ambil masa kami tengah kemas stor. saya suruh giyanto panjat atas tu untuk kemas rak atas tu. lepas tu saja suruh dia posing kejap.bukan melepak tau.


Tuesday, October 14, 2008

DUNIA BARU AZAM BARU SEMANGAT BARU

inilah dunia baru aku sekarang. gambar ni di ambil pada hari launching iaitu 8 august 2008(08/08/08). even aku blm ada anak kandung lagi tapi tetiba aje aku dah ade ramai anak2 di tempat kerja. erm....susah jugak nak menjaga anak2 yang dah besar panjang ni....mcm2 kerenah.kalau kecik bole jugak aku rotan....ni dah besar.
to all viewers, sudi2lah datang menjamu selera di outlet kami.