Wednesday, May 28, 2008

LEGA & HAPPY

Aku dah boleh tersenyum lega sekarang. Aku dah hantar surat resign. 14 jun ni last day aku kerja. Lepas tu tanam anggur sampai bulan 8. Pastu aku akan start keje tempat baru. Kerja apa dan dimana aku update kemudian ye. Sekarang aku Cuma nak share betapa happynya perasaan aku. Lepas ni aku bole la buat balik aktiviti yang dah lama aku tinggalkan. Sure hubby akan happy lepas ni.

DINNER URESSIAN

Tak sabar nak tunggu 27 jun ni. Kuat ke semangat aku nak jumpa kawan2 lama? Aku tak yakin sebenarnya. Dalam forum beria-ia aku nak pegi. Dah habis bayar dah pun. Tapi sebenarnya aku teramat malu nak jumpa kawan2 lama. Tengok la nanti kan....

Saturday, May 10, 2008

9 May – 1350
Dah lama tak update blog. Macam2 hal yang jadi lately ni. Problem kat tmpt keje, bos mengamuk tak tentu pasal, cerita hantu di tmpt keje.aboy accident....macam2 la....semuanya memeningkan kepala.
OFFICE
Aku tak tau kenapa, bos asyik nak hangin je lately ni. Semua yang aku buat kat opis serba tak kena. Ade je dia nak marah. Siap cakap ‘ni bukan org mengadu ye...ni i Nampak dengan mata i sendiri”. Argh!!!!!tensen sungguh. Sebelum dia penah cakap kat aku, kalau u balik lmbt tu mandi la kat opis. Ade banyak bilik guna je la....sekarang ni plak marah tak kasi guna bilik air dlm bilk2 tu. Ckap berubah2. Aku ter amat tidak paham dengan kerenah dia. Pening penin pening.....

ABOY
Ni satu cerita menarik, aboy hampir putus telinga kerana terjatuh dari tingkat 4. Tak tau la kena kat mana, tapi telinga dia hampir putus. Aku tgk kesan jahitan memang jahit keliling la....doktor cakap nasib baik sempat sambung. Tapi tadi bawak dia g follow up, doctor kata ade sebahagian kecil telinga dia dah tak terasa. Huhu...kesian pun ade....padan muka dia pun ade...apa2 pun pengajaran la kat dia supaya lebih berhati2. Malang tidak berbau tapi kita kena sentiasa berhati2.

SCARY MOVIE
Bos dah tau pasl cite hantu ni sbb yang kena tu saudara pada CNN Melaka. Ntah2 satu Melaka dah tau cerita ni...lantak la kan....bos dah panggil ustaz untuk pulihkan semula. Aku ckp kat bos sblm ni tak penah pun org komplen kat aku nmpk apa2 dlm banglo ni. Aku ckp yg aku ngan staff pun tak penah kena kacau, bos cepat2 potong cakap aku “hantu ni kacau org beriman je” pergh!!!!! Nampak sangat dia nak kata aku tak beriman....dia tu beriman sangat ke? Sedap mulut je nak cakap orang lain beriman atau tak. Dia kenal ke orng yang Nampak hantu tu? Beriman sangat ke orang tu? Geram sungguh aku bila dengar ayat dia.
Ustaz yang di upah untuk memulihkan banglo ni dating mlm tu. Ustaz tu cakap kalau tak kuat semangat dan kurang amal ibadat suka la hantu mengacau. Orang yang kuat iman tak kisah deh benda2 ni. Aku berdoa sangat2 bos dengar dan paham apa yang ustaz tu cakap. Jangan sedap mulut je nak mengata org. Mcm la dia tu beriman sangat.

Tuesday, May 6, 2008

SCARY MOVIE

hehehe...tajuk je yang gempak. ceritanya simple je. weekend baru ni ada orang melangsungkan majlis pernikahan di tempat aku ni. so dia sewa seluruh banglo untuk saudara mara nya menginap. majlis pernikahan pun di adakan di dalam banglo ini. selesai majlis pernuikah ptg tu, sambung pulak makan2 hingga 10 mlm. aku dah balik awal. ptg jam 6 aku dah chow balik umah sbb mak aku nak datang. so keesokan harinya, tuan empunya majlis ni datang untuk mengambil bunga2 dan barang2 lain yang tertinggal. dia pun cerita la kat aku, mlm tadi anak buah dia ternampak "sesuatu" di dalam salah sebuah bilik di banglo ini. kejadian berlaku tengah malam. aku pun pelik, mcm mana dia bole terjaga tengah malam dan ternampak "benda" tu dan kemudian sambung tido balik? ye ke dia nampak? dan satu lagi cerita....ade yang terdengar bunyi kanak2 bermain2 dan bercakap2 jam 5-6 pg. aku rasa diaorg dengar suara dari kampung cina di belakang kawasan banglo ni...tapi ntahla.....dah jadi banglo berhantu plak tempat aku ni. aku dan staff aku setakat ni alhamdulillah tak pernah lagi ternampak atau terdengar benda2 pelik ni. kalau bole kami memang tak nak pun. sebab aku slalu datang tengah2 mlm. buat keje sorang2. minta di jauhkan dari anasir2 tak berfaedah ni...amin.