Sunday, February 22, 2009

supervisor tomboy budus!!!

aku ni suka sgt mkn tuna filling kat satu bakery ni. memang sedap dan dah lama aku minat ngan tuna filling ni. baru2 ni bakery ni buka la depan outlet aku ni. suka sgt aku sebab bole mkn tuna filling setiap hari.
1st day openingnya bakery ni aku pg2 lagi dah g mencari tuna filling kesukaan aku.
tak de. aku agak maybe lum sempat buat.
tak pe la....dalm sehari tu berkali2 aku ulang alik ke bakery ni semata2 nak membeli tuna filling.(dekat je tu yg rajin ulang alik tu).tapi...hampa sbb tuna filling tetap tak muncul2.
mlm tu dah dekat nak closing aku g lagi.(tak putus asa...)
then aku tanya la kat supervisor situ(tomboy)

aku : dik tuna filling tak buat ke ari ni?
supervisor tomboy : dah habis la kak, lain kali akak datang la awal sikit
aku: aik!!! akak dtg pg td pun tak de dik...
supervisor tomboy : ye ke? cepatnya habis..
dan supervisor tomboy trus blah.

pastu awek cashier tu tanya aku, akak cari apa kak?
aku pun bgtau la yg aku cari tuna filling.
awek cashier tu cakap"ari ni tak buat tuna filling kak"
huh!!! hampeh tul si tomboy tu.
kalau tak de cakap la tak de. tak yah la menipu.

3rd day opening bakery tu, aku g lagi.
seperti biasa mencari tuna filling.
aku: dik tuna filling tak de ke?
supervisor tomboy : lum siap kak. tengah goreng
pastu aku blah la....

semalam, aku g lagi mencari tuna filling.
bila dah cari kat rak2 tu takde.
aku terus g cashier tanya mana tuna filling
then cashier tu jawab" tuna filling lambat skit la kak sebab store tak hantar lagi bun tu."
so aku buat kesimpulan bahawa si tomboy tu PENIPU!!!!.

rupa2nya tuna filling tak buat kat outlet,
di buat kat tempat lain dan lori akan hantar dengan kek2 setiap hari.
teruk tul la perangai si tomboy tu.
tak patut la dia tipu customer mcm ni.
kot seribu customer dia tipu dan seribu customer yg kena tipu tu sumpah dia padan muka.
sejak semalam aku tak g lagi kedai tu.
kot rasa nak makan tuna filling aku kirim je kat staff aku.
biar dia kurang satu customer.
kot aku tak sakit hati sure aku akan g lagi kedai tu.
bukan tuna filling je yg aku beli, mcm2 aku beli.
tapi sakit ati punya pasal aku malas nak jejak kaki ke kedai tu. dah la sombong2 staffnya...
aku senyum tak respon pun.BENGONG!!!
supervisor tomboy yg BUDUS!!! (aku nak g tanya dia la pakai "pampers" brand apa?)
hahha....

Friday, February 20, 2009

sakit hati!!!

aku tak suka

aku menyampah

aku sakit ati

KAT SAPA????

jeng, jeng jeng....

Thursday, February 19, 2009

kenangan terindah

semua org pasti ada kenangan kan?
kenangan manis, pahit, masin, klaka dan mcm2 jenis kenangan la...
termasuk la kenangan terindah.heheh....
ni cite lama( kalau baru blm bole di panggil kenangan).
awal bln dec 08 aku sakit perut. hubby anta ke pantai medical centre sbb aku selalu g jumpa
doktor hanisah kat situ(gynaecologist). so bila aku sakit perut je hubby ingat aku sakit perut "perempuan" thats why dia bawak ke situ.
sampai sana doktor takde kat bilik dia(g round tgk patient kat wad).
terpaksa la aku menunggu. sambil tahan sakit...aku nangis(nangis senyap2 la...sbb tak leh tahan sgt sakitnya).nurse doktor hanisah call doktor bgtau yang aku sakit sangat2.
hehe...doktor pun turun la dan terus panggil aku masuk bilik dia.doktor scan perut aku sbb takut ada "sis" sbb katanya aku nmpk teruk sgt. hahha...dah scan alhamdulillah tak de apa2. semua normal. doktor cakap aku gastrik. doktor suh aku admit.
huh!!! sorry la aku nak admit. tak sanggup aku nak tdo dlm wad. lagipun hanya kerana sakit perut.lawak je rasanya...aku cakap aku nak ubat dan balik. dr. hanisah tak nak kasi aku balik. katanya aku kena admit jugak sbb nak make sure perut aku tak kosong. (doktor kata tekanan darah aku rendah ). aku buat muka kesian, aku cakap tak nak masuk wad doktor. tak best.
then doktor bagi option duk kat emergency bay 4 -5 jam. nak masuk air & bg pain killer.aku terus je la setuju(daripada kena admit aku lebih rela kena "lepak" sekejap kat spital tu).
dan lagi satu klakar nya...dari bilik doktor nak ke emrgency tu aku di tolak atas kerusi roda.tak larat nak jalan dah.sampai emergency nurse2 kat situ bg aku tdo satu katil,bg selimut(aku minta 2 selimut sbb tak tahan sejukkk...)pastu diaorg cucuk tangan aku untuk masuk kan air(air apa ntah...).argh!!!! cacat tangan aku.seumur hidup aku tak penah kena mcm ni.huhuh....
pastu injek pain killer.pastu apa lagi..."mengong" la kepala, ngantuk....tapi tak leh lena pun sbb ramai org. bising.hampeh tul...
2 jam lebih gak la aku tertido (sebenarnya kjap2 terjaga tgk hubby ada lagi tak...setianya dia menunggu...).pastu dah terjaga perut aku laparrrr....hehe..nasib baik hubby ada.dia bl sandwish dan suap kat aku(ngada2 tak leh suap sendiri.tapi masa tu memang aku letih gila).dah mkn aku ngantuk balik.(dadah apa la yg doktor bagi ni...ngantuk gila)sambung tdo lagi lebih kurang sejam pastu aku balik.
apa kenangan terindahnya?????
hehe..sebenarnya sblm masuk bilik doktor hanisah aku kena buat rutin biasa timbang berat. masa tu aku dapat tahu yg berat aku dah kurang 5kg.hehehe...syoknya dengar(tapi masa tu sakit perut, suka dlm ati je...muka kerut2 gak tahan sakit).
so aku rasa bagus gak sakit perut. kot tak sakit perut aku tak g spital.kot tak g spital aku tak timbang berat,kot tak timbang berat aku tak tahu berat aku dah turun.huhu...best!!!
lagi satu yg bestnya ialah aku tgk hubby betul2 jaga aku masa aku sakit tu. aku dengar telefon dia asyik berbunyi je.customer dia ramai call.aku dengar dia setelkan keje2 dia dlm phone je.(call customer call wshop).sekejap pun dia tak tinggalkan aku(kecuali g bl sandwish).tiap kali aku celik, aku tgk dia ada je kat tepi katil aku tu.
terharunya rasa masa tu.(rasa bersalah plak sbb selalu degil ngan dia)
bagi aku kejadian hari tu adalah kenangan terindah aku setakat ni.
hehe..sejak dari hari tu aku jaga pemakanan aku. waktu makan dan kuantiti makanan aku jaga betul2.aku tak nak sakit lagi. tak nak kena cucuk tangan lagi(seminggu lebam tu kat tangan aku.Buruk!!!) serik.

Sunday, February 15, 2009

HAWAII FIVE "O"


kali ni aku nak kenalkan HAWAII FIVE "0" ( have no idea mana dapat nama ni)

baru di jual december 2008.menggunakan donut shell (yg berlekuk di tengah2 tu )
di topping menggunakan dark chocolate.
garisan2 halus tu menggunakan white chocolate.
di tengah2 tu adalah campuran apple & cranberries.
rasanya masam2 manis (macam cite p. ramlee lak)
bagi yang sukakan rasa masam dan suka buah bole la mencuba.

Friday, February 13, 2009

MOONRAKER


ini moonraker namanya.( tak tau la kenapa nama dia mcm ni).

di buat dari donut ring kemudian di topping dengan chocholate dan di taburkan dengar cocopops.

kanak2 suka makan donut ni. maybe sbb cocopops tu kot.crunchy.

seronok mengunyah moonraker ni.

Thursday, February 12, 2009

my 1st tagged

argh!!! aku telah di tagged oleh adi. aku selalu tgk dlm blog dia & kwn2 dia pasal tag ni. derang ni rajin tul buat tag & tag org. aku rajin gak. tapi rajin baca je la...nak buat memang malas.tapi dah di tagged ni kena la buat nmpknya...





  • Go to your photos folder in your computer.


  • Go to the 6th folder of photos.


  • Go to the 6th picture in that folder.


  • Put the picture on your blog and description of it.


  • Invite six friends to join the challenge.


  • Link them in your blog and let them know they have been challengedbee


nilah hasilnya...

ni gmbar hantaran kawin adik aku. hantaran ni kami bawak masa majlis nikah di sibu sarawak.ni bakul untuk isi cincin. tapi masa ni tak letak lagi la cincinnya( mak simpan, sampai umah pengantin baru letak).bakul ni kak long beli kat shah alam.pastu hias2 ni kak long la buat masa kat hotel(tak leh buat dari sini sbb brg semua masuk kotak).tak kan nak hand carry kot. kena gelak nnti.

erm..nak tag sapa ni?

semua dah kena tag dah.

  1. kak gee
  2. mrs. amri

sila buat tag ni bole?hehe....

GO NUTS



lama dah tak cite pasal donut kan. dalam gambar ni namanya gonuts.(agaknya lps mkn bole jadi gila kot). di buat menggunakan donut ring di topping ngan dark chocolate kemudian di taburkan kacang di atasnya.

bagi yang suka kacang memang patut beli gonuts ni. rasa kacangnya garing.sedap di kunyah.

Wednesday, February 11, 2009

cooking mood


sejak adi ada ni, aku macam rajin skit nak masak( kadang2 tu terpaksa masak hehhe....).ye la sebab dah ada geng nak masak & makan. kot tak sebelum ni kalau aku masak pun makan sorang2. bosan!!!

semalam lepas balik keje aku buat kek coklat & sup ikan merah. lupa plak nak amik gmbr sup ikan tu. siap masak terus je makan.lapar....(tahan perut dari tghari sbb nak makan sup ikan.)

sambil masak ikan sambil buat kek. tapi kek tetap lambat jugak siapnya...dah ngantuk sangat.kek siap je aku amik gambar (panas nak angkat so amik gambar atas dapur je...)pastu trus la tdo.

tgh kumpul mood nak buat kek asam plak.erm....laparnya.

Monday, February 9, 2009

cuti2 port dickson

khamis lepas aku ngan adi g pd. kami stay kat tiara beach resort.( thanx to abg pezal sbb bg kami stay sana). arma & syahid dah tunggu.sebenarnya aku tak pernah drive ke situ. so pg sblm ke pd tu aku dah minta tlg shukor untuk tuliskan map untuk aku.( tulis tau bukan lukis sbb aku tak reti melukis). dengan bantuan adi sebagai pembaca map( mcm rally la plak ada tukang baca map). di sebabkan jalan gelap so aku drive mcm siput la...(50-60km/j).sampai sana syahid & arma dah tunggu. borak2 kejap kat bilk sambil makan big apple ( 2 kotak aku bawak ) pastu aku, adi & arma keluar g minum.punya la jauh kedai yg kami g mlm tu. sbb dah tengah malam banyak kedai dah tutup.
arma ni baru lps abis team building so sambil mkn2 tu dia turunkan ilmu kat aku & adi. bermakna gak la sesi kami mlm tu.tak de la borak2 kosong je...
setel mkn2 & borak2 kami pun blk ke tiara. sampai bilik tgk syahid dah lena berbungkus.(tak la sejuk sgt pun). arma layan tgk prison break & aku layan mata(zzzz....).laut...tunggu!!!!!!


bangun pagi tu kami breakfas ala kadar ( mkn big apple & nescafe) pastu terus gerak ke bayu beach resort. pantai tu privacy skit( memang kami berempat je pagi tu sbb ari jumaat kan...)
penat berendam & berenang ( adi & arma berenang, aku ngan syahid berendam je...)perut pun dah lapar, hujan pun dah turun kami pun naik la...masa tu dah kul 1 lebih( dah lebih 4 jam dalm air.
kami lunch kat kedai depan bayu beach resort tu. puasnya ati dapat mkan masak gulai cili padi yang best. setel mkan kami pun balik semula ke tiara.(makan denganbaju basah2 tu...hehheh...)
sampai bilik bukan berehat pun(adi melepaskan hajat) pastu sambung plak mandi kolam. kat kolam pun tak ramai orang so kami buat itu kolam macam kami yg punya la....main game2 yang ada. berendam & berenang.

penat berendam & berenang kami pun naik la ke bilik. nak siap2 balik pulak.sblm tu kami kemas dulu bilik tu ( ye la...dah dapat duk free kena la kemas balik) tukar cadar, sapu, mop dan kemas beg mandi dan bersiap2 nak blk melaka.
ini la hasil sunburn arma & adi.( derang suka....)



setel la cite aku di pd.



Saturday, February 7, 2009

@$$^%^(??"><:()*%&#^

KENAPA HATI AKU RASA TAK KERUAN NI?
ADA SESAPA BOLE TOLONG JAWAB...
ARGH!!!

Thursday, February 5, 2009

kasut baru evik joni setiyawan

ini kasut baru evik.beli kat tesco last week.
sejak ada kasut baru asyik menari sambil menayang kasut je.
harganya RM 19.90 dapat 2 ( kiri & kanan )

Wednesday, February 4, 2009

boring bosan boring bosan boring