Friday, January 15, 2010

LANGKAWI DAY 3

huwaaaa....bgn lambat.
gara2 en. suami ngan mr. R g tgk live band la ni....
huhu.....blk hotel pulak aku dah start packing2 tuk blk ari ni...
g bekfas pastu naik atas titun...huhu...apa da kan???
bgn g idaman suri sbb nak suh org tu pack masuk kotak semua brg2 g bl smlm.
pastu lunch. pusing2 pekan kuah & jetty point.
sempat sambar 2 helai t-shirt.
balk hotel mandi n check out.
round2 area air port .
g mkn laksa d tepi pantai.
sedap wooo.....
pastu g awana porto malai. click2 amik gmbr pastu gerak ke airport.
selesai la sudah percutian di langkawi.
kena charge lebih muatan RM 150.
huhu,.....kopak!!!
apa2 pun puas ati la sbb dapat bercuti dengan tenang.
hehhehe....

Wednesday, January 13, 2010

2nd day
bangun pagi awal sbb nak lepak bekfes lama2 kononnya...
tapi frust sbb tak byk choice.so dah setel bekfes naik bilik sambung titun.hehehheh(apa da punya melancong kan?)
bangun pastu siap2. SHOPPING TIME!!!!!
mr.R dah tunggu kat bawah.
ikut mr.R & family g idaman suri.
erm....memang idaman suri pun....
geram je tengok brg2 yg ada dlm tu.
kalau la poketku tebal.harusssssss ku beli corning ware vision pyrex bagai.
huhu...apa kan daya poket ku nipis.
ada la sambar sikit2 kat idaman suri.
pastu gerak ke hj ismail pulak.
kat sini la en. suami memborong cekelat.
RM 350 untuk cekelat sahaja.huh!!!! nak bg sapa tu en. suami oii....
setel membeli belah balik hotel nak hantar cekelat2 ni semua.
kang cair lak klu bior dlm keta.
pastu lunch kat area padang mat sirat.
makan kat sini tak yah risau la...gerenti sodap.
setel mkn bermula la pengembaraan en. suami.
dia dah siap beli map langkawi.
kami pusing satu langkawi.
samapi kehujung teluk datai.pastu balik ikut jln lain,
singgah pantai batu tengkorak,pantai pasir itam (mkn laksa)
pastu sampai la ke pekah kuah semula.
singgah lagi kat idaman suri sbb mrs R nak membeli lagi.
pastu g dataran lang.
jalan2 amik gambar je....
penant sungguh. balk hotel rehat kejap pastu siap2 nak g awana porto malai.
hantar cekelat mr.R.
sambil tu nak jln2 tgk hotel yg mahal itu.
memang cantek la hotelnya.
en. suami & mrR g tgk live band kat eagle rock cafe.
aku & mrs R lepak bilik sbb anak2 mrsR nak tdo.
huhu....kul 3 pg sampai hotel.
zzzzzz..............
sambung esok ye day 3

Tuesday, January 12, 2010

selesai sudah....

hehehe....
dah balik dari bercuti.
hepi sangat sebab bercuti kali ni tak de gangguan kerja.
(cuma phone en. suami je la ada bunyi2 jugak ari jumaat & sabtu tu)
1st day
bergerak dari melaka hampir 4 pagi.
lps keje aku tak tdo. packing & siap2.
singgah rumah cik ani sbb nak tinggal keta kat situ.
sblm 6.30 dah ada kat LCCT.
bekfes jap.mata agak mengantuk sbb lum tdo.
(en. suami dah tdo sekejap kat umah)
8.30 pg sampai airport langkawi.
erm...agak pening sbb tak tdo pastu flight gegar2 pulak. hujan....
terus call keta & terus ke hotel Aseania.
jumpa kwn en. suami & family.
diaorg dh sampai sehari awal dr kami.
borak2 kejap pastu kami gerak mencari hotel pulak.
habis dah satu pantai chenang tu kami round.
ada bilik kosong tempat pulak mcm scary.
tempat ok bilik pulak mahal.
yg ada bilik2 besar RM300++.
apa jadahnya kami nak duk bilk mahal2 tu kan.....
dah abis round pantai chenang, kami round pekan kuah pulak
sama jugak.....bilik besar2 je....exec suite, deluxe suite....
tak kuasa la aku....
at last check in Eagle Bay. RM 150 dpt diskaun jadi RM 125.
ok la tu...
bole check in terus. tak yah tggu sampai kul 2 ptg.
lega....
bilik cantek, selesa, luas jugak & bersih.
rehat2 kejap. kwn en. suami call. mereka dah sampai nak ajak lunch.
g lunch kat area dataran lang.
sedap. ada bubur pulut itam...best3.
setel mkn, g jln2 ke cable car. sbb anak2 kawan en. suami ( mr.R) nak bg mkn arnab.
sampai sana memang tak de perasaan la nak naik cable car sbb dah naik sblm ni.
lg pun org ramai.
jln2 je kat bwh tu.
pastu g telaga tujuh.huhu.....sekerat jalan je....
tak larat la nak daki tinggi tu. 600++ anak tangga.
phew!!! sekerat je turun balik.
mr.R terus gerak sbb nak g check in kat Awana Porto Malai pulak.
kami blik dan jln2 area pekan kuah.
sampai bilik rehat2 kejap.dah janji ngan mr R nak lepak Big Apple.
g mkn big apel pastu jln2 jap dlm jetty pastu gerak ke pantai chenang.
huhu...happening sini mlm2. ramai omputih. memang cuci mata le....
jln2 sempat sambar baju. en. suami bl ubat resdung untuk isteri tercinta.
hahhaha(tq sbb blkan ubat tu)
dah penat, nak balk
sblm blk singgah awana. CANTEK!!!! ye la kan....4 star.borak2 jap pastu gerak blk hotel....
esok sambung 2nd day eh....daaa......

Sunday, January 3, 2010

menghitung hari

bukan lagu KD ye...
tapi aku tengah menghitung hari nak g honeymoon.
yeaa!!!!!
hampir tercapai cita2 aku nak berjalan berdua je dengan en. suami.
rasanya sejak aku kenal dia sampai la dah nak masuk 6thn berkahwin ni,
baru 2 kali je kami g jln berdua.
lain2 semuanya ada pengikut atau mengikut..
hehhehehe.....
so 8hb ni berangkat kami ke destinasi yg jauh dari rumah.
hahhahaha...macam la jauh sangat.
g langkawi je....
tiket dah beli lama dah.tggl tggu hari nak berangkat je.
tak sabar nak g sana, jln2 dengan en. suami.
semoga semuanya berjalan lancar.
tanpa gangguan telepon (tepon en.suami la yg asyik berbunyi klu dia cuti pada hari bekerja)@ apa2 aral lain yg akan melintang.
huhu...nak melintang pun tggu la lps blk langkawi ye....
shopping???
erm...tak kot. budget tak de.
yang penting nak jln2 luar dari melaka,n9 & kl.
nak berdua duaan ngan en.suami.