Wednesday, April 29, 2009

KENAPA?

KENAPA KENA TUNGGU 30HB BARU KAU JADI MILIK AKU???

Friday, April 24, 2009

JAGA2

Notis ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bertarikh 7 April, 2009

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:

-Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
-Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
-Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.
Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

1.Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.

2.Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.

3.Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia, atau dengan "jabatan pengurusan kad kredit" bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.

4.Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.

5.Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my
BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980
Bank Negara Malaysia
7 April 2009
http://www.bnm.gov.my/

aku copy dari blog http:///ondscene.via.my

tujuannya supaya kwn2 yg baca blog aku dapat maklumat ni.
adik aku pernah dapat panggilan mengatakan kad kreditnya telah di gunakan di low yatt plaza sebanyak RM1490.mula2 memang dia terkejut dan rasa marah.proses 1 hingga 4 semua dia lalui.lepas tu dia langsung tak dapat apa2 panggilan lagi.
pemanggil tu bgtau apa no kad kredit dia, bank mana dan bila apply.
yang klakanya tarikh apply tu dia belum habis study lagi.dan dia memang sangat2 yakin yang dia tak pernah apply kad kredit.
erm...macam2 cara org menipu skrg.

Friday, April 17, 2009

CINTA HATI

comelnya....
tak lena tidur aku teringat2 kat dia.
kena tunggu raya nanti baru bole jumpa lagi.
huhu....

Thursday, April 16, 2009

1st day promotion di BIG APPLE

hari ni 1st day promotion.
setelah hampir sebulan voucher2 di edarkan kepada customer2, sekarang tibalah masa untuk redeem.
awal pagi ni hujan lebat di melaka.
customer agak kurang tapi pagi2 lagi sebelum kedai mula di buka jam 10 pagi, dah ada customer yang menunggu.
ye la...ada diskaun yang best sapa tak nak kan...
voucher2 yg dah di edarkan sebelum ni mula bole di tukarkan hari ini hingga 31 may.
sebelah petang td. customer bertambah ramai dan staff2 semua mula tak cukup kaki nak jalan, tak cukup tangan nak serve customer dan tak cukup suara nak melayan segala soklan2 dari customer.
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.
ada juga customer yg bertanya macam mana nak dapatkan voucher tu?
" maaf encik, kami dah edarkan voucher2 tu sebulan lebih awal iaitu sejak awal bulan 3 lagi"

ada beberapa sebab kenapa customer tidak mempunyai voucher tu.
  1. dah pilih donut, sampai kaunter, staff key in flavour dlm system, packing kotak masuk plastik, customer letak duit atas kaunter cukup2, staff belum sempat amik lagi duit tu atas kaunter customer dah jalan.resit un tak sempat keluar lagi.
  2. customer buat bayaran, staff pulangkan baki dan resit dan voucher, customer masukkan duit baki dalm beg dan tinggalkan voucher & resit atas kaunter.(siap cakap i tak nak simpan resit)
  3. customer dah baca2 voucher pastu tinggalkan je atas meja & kaunter.( yg ni memang jenis tak suak diskaun kot)

erm....macam2 perangai customer ni. tapi aku bershukor sgt2 hari ni walaupun penat melayan kerenah customer yg ramai tapi lega sebab semuanya berjalan lancar. harap2 tak de la masalah pelik2 sepanjang promotion ni.

Saturday, April 11, 2009

APA NAK BUAT

esok cuti. tapi tak tau nak buat apa....
  • nak g wedding dik dee - maybe tak kot sbb keadaan keta tak mengizinkan
  • nak g seremban melawat mak ngah - maybe tak juga sbb reason spt di atas
  • nak g tgk JANGAN TEGUR - takut la plak. lg pun sapa nak teman?
  • nak window shopping - malasnya nak jalan2. penat.

aku rasa akau akan habiskan hari cutiku di depan tv.

selamat bercuti!!!

Thursday, April 9, 2009

kelawar ke burung hantu?

minggu ni aku sampai outlet awal sangat.
kul 7 lebih dah sampai. waktu kerja aku jam 9.

hari isnin aku bersemangat.sampai je outlet terus buat keje.
dari pagi sampai petang aku setelkan keje2 yg tertangguh hampir seminggu.
(gara2 sakit perut, banyak keje tertangguh)

hari selasa mcm tu jugak. aku rasa seronok dapat setelkan keje2 yg tertangguh.
hari rabu...aku tewas juga akhirnya.sampai outlet kul 7 lebih, buat keje sikit pastu mata tak leh buka dah...

kul 8.30 aku lelap jugak.
tadi pun...tak bole tahan la ngantuk.

mcm mana nak tdo awal ek?
aku memang susah nak lelap mlm.
paling awal pun kul 2 baru bole lena.
sebab tu la pagi aku ngantuk.
kalau aku tdo mlm awal sure aku akan terjaga tgh2 mlm(kul 2-3 pagi)
pastu tak leh tdo.
erm...kena cari jln nak setelkan problem ni.

Monday, April 6, 2009

hari ni skali lagi aku akan pergi ke ofis sudong.

ofis ni terletak di dlm banggunan yg dulunya adalah sebuah pasaraya.

dah lama dah pasaraya ni tutup. lebih 3 tahun.

selalu jugak aku lalu depan banggunan tu. tak tau plak masih ada ofis di dalamnya.

dari luar mcm banggunan tinggal je. burok.

tapi bila dah masuk dlm ofis tu...wow!!!! mcm banglo.

besar dan cantek ofis tu.

aku kena hantar 42 dozen donuts ke sudong hari ni.

jenuh la nak mengangkatnya ni kang.