Thursday, October 16, 2008


ini SURANTO. 23 tahun.dia baru nak menggoreng donut. aku suruh posing kejap nak amik gambar.dia ni nampak je kecik tapi suara...mak datok!!! macam pakai speaker. besar betul. baru 2 minggu keje di melaka sakit. masuk wad hospital melaka. operate apendik.erm....kesian. masa di hospital senyap je...bila aku tanya dia hanya angguk atau geleng je.(perut yg sakit ke mulut?)
sekarang ni banyak cakap pulak, menyanyi pun kuat. dah la suara tu kuat.rasa mcm nak masukkan balik ke wad biar doktor potong lagi sebelah perut tu.
"kalau jalan dengan kanca pastinya tertinggal di belakang, kancanya sudah jauh di depan" itu lah komen GIMIN tentang si budak kecik ni. gimin dan suranto ni teman tapi mesra. keje nak sama shift, rehat pun nak sama...haha....sekarang tak bole lagi. partner shift telah dirombak. untuk kebaikan semua pihak.

yum yum....sedapnya!!!!!


ini gambar donut yang sedang digoreng. mesin untuk menggoreng ni di panggil robot. kalau robot tranformer kan best.bole gak tukar jadi kereta dan drive aku ke rumah setiap ari lps keje. nampaknya donut hari ni semua ok. tak de yang kecik2 mcm sebelum ni....staff production lebih berhati2 sejak kami meeting last week.

ini orang kuat big apple melaka. kalau tak de minah ni susah aku ( kalau ade pun susah jugak )hehehe jangan marah ye lin...nanti kena jual.
setakat ni aku dan lin yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga outlet melaka. tq boss sebab bagi kami peluang mencari rezeki disini. harap boss tak jemu bagi tunjuk ajar pada kami.
aku dan lin bertugas bergilir2 mengikut shift. kalau dia keje opening aku closing begitulah sebaliknya. shift kami tukar setiap minggu.kalau aku off lin akan bertugas double shift.mcm tu jugak aku kalau lin pula off.
lain kali aku update pulak tentang kepala kami yang pening melayan kerenah anak2 outlet ye...
(memang sakit kepala sungguh...bole kena sakit darih tinggi)

gambar ni aku ambil pada waktu pagi. sebelum outlet di buka. inilah anak2 yang bertugas shift pagi. jam 6.30 dah keluar rumah. sampai jumpa hantu dalam perjalanan datang kerja.(pelik kan...diorg pun degil mcm hantu jugak tapi takut bila nampak hantu)hehhe...
yang kanan tu nama EVIK JONI SETIYAWAN (bukan setiawan perak tau). baru 21 tahun. sebelum datang melaysia dia ni mat rempit di kampungnya. mak dia suruh datang malaysia kerja. sebab di kampung dia tak kerja,menghabiskan duit mak bapak je...
yang tengah tu WALJIYANTO. dia ni pendiam skit. mata stone je mcm nak tido.
yang kiri tu GIMIN. dia ni kelakar sikit. bila bercakap lambat bangat. berlagu2 pulak tu...macam baca syair.
tiga2 anak ni bagus. tak banyak kerenah. kerja pun bagus. tapi bila buat stok rekod masa closing problem. nak tertido aku menunggu mereka siapkan rekod. kena masuk skolah lagi diorg ni...

nanti aku update lagi anak2 lain ye

anak2 outlet



ha!!! ini lah anak outlet yang suka menari. hip hop kononnya...tapi aku suka dia sebab rajin dan senang di suruh. tak banyak bantah. GIYANTO namanya baru je 20 tahun. kesian kan.....muda lagi dah merantau jauh2 mencari rezeki.
boss, jangan marah ye...gambar ni dia ambil masa kami tengah kemas stor. saya suruh giyanto panjat atas tu untuk kemas rak atas tu. lepas tu saja suruh dia posing kejap.bukan melepak tau.


Tuesday, October 14, 2008

DUNIA BARU AZAM BARU SEMANGAT BARU

inilah dunia baru aku sekarang. gambar ni di ambil pada hari launching iaitu 8 august 2008(08/08/08). even aku blm ada anak kandung lagi tapi tetiba aje aku dah ade ramai anak2 di tempat kerja. erm....susah jugak nak menjaga anak2 yang dah besar panjang ni....mcm2 kerenah.kalau kecik bole jugak aku rotan....ni dah besar.
to all viewers, sudi2lah datang menjamu selera di outlet kami.

Tuesday, August 26, 2008

DUNIA BARU

hai !!!
lama sangat tak merapu dalam ni. busy pergi training. dan sekarang aku dah kembali. aku dah memulakan kerja baru sekarang. agak busy dan memenatkan tapi seronok. masa aku masih macam dulu. jarang ade di rumah. sebab sekarang outlet baru buka. so banyak kerja2 yang agak kelam kabut dan terbengkalai. aku pulak masih merangkak - rangkak dengan tanggungjawab baru ni.tak biasa.yang paling baru dalam hidup aku adalah menjaga staff. mana la aku reti nak jaga orang selama ni. diri aku pun aku jaga sendiri. macam2 perangai staff aku ni. maklumla foreigner. bahasa dan cara hidup yang berbeza dengan aku selama ni. ade beberapa orang staff memang memeningkan kepala aku. naik darah tinggi aku melayan kerenah mereka.cerita lucu pun ade tentang mereka ni...lain kali la kau update ye