Tuesday, May 6, 2008

SCARY MOVIE

hehehe...tajuk je yang gempak. ceritanya simple je. weekend baru ni ada orang melangsungkan majlis pernikahan di tempat aku ni. so dia sewa seluruh banglo untuk saudara mara nya menginap. majlis pernikahan pun di adakan di dalam banglo ini. selesai majlis pernuikah ptg tu, sambung pulak makan2 hingga 10 mlm. aku dah balik awal. ptg jam 6 aku dah chow balik umah sbb mak aku nak datang. so keesokan harinya, tuan empunya majlis ni datang untuk mengambil bunga2 dan barang2 lain yang tertinggal. dia pun cerita la kat aku, mlm tadi anak buah dia ternampak "sesuatu" di dalam salah sebuah bilik di banglo ini. kejadian berlaku tengah malam. aku pun pelik, mcm mana dia bole terjaga tengah malam dan ternampak "benda" tu dan kemudian sambung tido balik? ye ke dia nampak? dan satu lagi cerita....ade yang terdengar bunyi kanak2 bermain2 dan bercakap2 jam 5-6 pg. aku rasa diaorg dengar suara dari kampung cina di belakang kawasan banglo ni...tapi ntahla.....dah jadi banglo berhantu plak tempat aku ni. aku dan staff aku setakat ni alhamdulillah tak pernah lagi ternampak atau terdengar benda2 pelik ni. kalau bole kami memang tak nak pun. sebab aku slalu datang tengah2 mlm. buat keje sorang2. minta di jauhkan dari anasir2 tak berfaedah ni...amin.

No comments: