Friday, April 25, 2008

SALAH SIAPA SIAPA SALAH PENING PENING PENING

tak tau nak mulakan dari mana. aku sendiri konpius siapa salah sebenarnya dalam situasi ni.
aku kena siapkan report tahunan untuk mesyuarat agong. A minta aku serahkan semua report padanya untuk di serahkan pada boss. boss nak cek dan sain. kemudian dia kana serahkan pada B untuk di binding menjadi buku. so, seperti yang di arahkan aku pun serah kan laporan aku pada A, dan aku tak amik tau langsung lagi tentang report tu. aku tak tanya pun boss puas ati ke tak dengan report yang aku buat. pendek kata, lepas serah pada A, aku terus lupakan pasal report tu. sebab bulan april ni memang aku sangat bz di opis.
pagi tadi, masa aku on the way nak g keje, B call kata bos belum sain lagi report aku. dia suruh aku call boss sendiri bagitau tentang ni. dia suruh aku minta maaf ngan bos. B dah print report tu jadi 50 buku. aku tak terus call boss, aku call A, bagitau dia pasal ni. A cakap "la...ye ke? kenapa awak tak bg boss sain?" aik!!! pelik? aku jadi konfius sekejap. bukan A ade cakap nak bg boss sain ke sblm ni? tahun lepas pun mcm tu jugak. aku serah pada A, A bg boss sain pastu serah pada B, B binding. nampaknya A dan B salahkan aku dalam hal ni.
so aku pun tak tau nak rujuk pada siapa lagi, aku pun call PA boss. tanya dia apa patut aku buat. PA boss suruh anta kepada dia, dan dia akan serahkan pada boss. boss akan sain setiap buku. dan aku kena SMS atau CALL boss bagitau hal ni. tentu la aku pilih sms. hehehe..tak kuasa aku nak dengar bebelan boss nanti. sbb aku rasa aku mangsa dlm hal ni.
aku dah bgtau B supaya anta semua buku tu pada PA boss. dan aku dah sms boss bgtau hal ni. bos reply kata lain kali kena peka. erm... ye la....aku malas nak pikir sangat. ikut je arahan dia. selagi aku bole tersenyum, aku senyum la....
harap2 penderitaan otak aku akan cepat berakhir.
serabut!!!

No comments: