Thursday, February 19, 2009

kenangan terindah

semua org pasti ada kenangan kan?
kenangan manis, pahit, masin, klaka dan mcm2 jenis kenangan la...
termasuk la kenangan terindah.heheh....
ni cite lama( kalau baru blm bole di panggil kenangan).
awal bln dec 08 aku sakit perut. hubby anta ke pantai medical centre sbb aku selalu g jumpa
doktor hanisah kat situ(gynaecologist). so bila aku sakit perut je hubby ingat aku sakit perut "perempuan" thats why dia bawak ke situ.
sampai sana doktor takde kat bilik dia(g round tgk patient kat wad).
terpaksa la aku menunggu. sambil tahan sakit...aku nangis(nangis senyap2 la...sbb tak leh tahan sgt sakitnya).nurse doktor hanisah call doktor bgtau yang aku sakit sangat2.
hehe...doktor pun turun la dan terus panggil aku masuk bilik dia.doktor scan perut aku sbb takut ada "sis" sbb katanya aku nmpk teruk sgt. hahha...dah scan alhamdulillah tak de apa2. semua normal. doktor cakap aku gastrik. doktor suh aku admit.
huh!!! sorry la aku nak admit. tak sanggup aku nak tdo dlm wad. lagipun hanya kerana sakit perut.lawak je rasanya...aku cakap aku nak ubat dan balik. dr. hanisah tak nak kasi aku balik. katanya aku kena admit jugak sbb nak make sure perut aku tak kosong. (doktor kata tekanan darah aku rendah ). aku buat muka kesian, aku cakap tak nak masuk wad doktor. tak best.
then doktor bagi option duk kat emergency bay 4 -5 jam. nak masuk air & bg pain killer.aku terus je la setuju(daripada kena admit aku lebih rela kena "lepak" sekejap kat spital tu).
dan lagi satu klakar nya...dari bilik doktor nak ke emrgency tu aku di tolak atas kerusi roda.tak larat nak jalan dah.sampai emergency nurse2 kat situ bg aku tdo satu katil,bg selimut(aku minta 2 selimut sbb tak tahan sejukkk...)pastu diaorg cucuk tangan aku untuk masuk kan air(air apa ntah...).argh!!!! cacat tangan aku.seumur hidup aku tak penah kena mcm ni.huhuh....
pastu injek pain killer.pastu apa lagi..."mengong" la kepala, ngantuk....tapi tak leh lena pun sbb ramai org. bising.hampeh tul...
2 jam lebih gak la aku tertido (sebenarnya kjap2 terjaga tgk hubby ada lagi tak...setianya dia menunggu...).pastu dah terjaga perut aku laparrrr....hehe..nasib baik hubby ada.dia bl sandwish dan suap kat aku(ngada2 tak leh suap sendiri.tapi masa tu memang aku letih gila).dah mkn aku ngantuk balik.(dadah apa la yg doktor bagi ni...ngantuk gila)sambung tdo lagi lebih kurang sejam pastu aku balik.
apa kenangan terindahnya?????
hehe..sebenarnya sblm masuk bilik doktor hanisah aku kena buat rutin biasa timbang berat. masa tu aku dapat tahu yg berat aku dah kurang 5kg.hehehe...syoknya dengar(tapi masa tu sakit perut, suka dlm ati je...muka kerut2 gak tahan sakit).
so aku rasa bagus gak sakit perut. kot tak sakit perut aku tak g spital.kot tak g spital aku tak timbang berat,kot tak timbang berat aku tak tahu berat aku dah turun.huhu...best!!!
lagi satu yg bestnya ialah aku tgk hubby betul2 jaga aku masa aku sakit tu. aku dengar telefon dia asyik berbunyi je.customer dia ramai call.aku dengar dia setelkan keje2 dia dlm phone je.(call customer call wshop).sekejap pun dia tak tinggalkan aku(kecuali g bl sandwish).tiap kali aku celik, aku tgk dia ada je kat tepi katil aku tu.
terharunya rasa masa tu.(rasa bersalah plak sbb selalu degil ngan dia)
bagi aku kejadian hari tu adalah kenangan terindah aku setakat ni.
hehe..sejak dari hari tu aku jaga pemakanan aku. waktu makan dan kuantiti makanan aku jaga betul2.aku tak nak sakit lagi. tak nak kena cucuk tangan lagi(seminggu lebam tu kat tangan aku.Buruk!!!) serik.

No comments: