Thursday, April 16, 2009

1st day promotion di BIG APPLE

hari ni 1st day promotion.
setelah hampir sebulan voucher2 di edarkan kepada customer2, sekarang tibalah masa untuk redeem.
awal pagi ni hujan lebat di melaka.
customer agak kurang tapi pagi2 lagi sebelum kedai mula di buka jam 10 pagi, dah ada customer yang menunggu.
ye la...ada diskaun yang best sapa tak nak kan...
voucher2 yg dah di edarkan sebelum ni mula bole di tukarkan hari ini hingga 31 may.
sebelah petang td. customer bertambah ramai dan staff2 semua mula tak cukup kaki nak jalan, tak cukup tangan nak serve customer dan tak cukup suara nak melayan segala soklan2 dari customer.
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.
ada juga customer yg bertanya macam mana nak dapatkan voucher tu?
" maaf encik, kami dah edarkan voucher2 tu sebulan lebih awal iaitu sejak awal bulan 3 lagi"

ada beberapa sebab kenapa customer tidak mempunyai voucher tu.
  1. dah pilih donut, sampai kaunter, staff key in flavour dlm system, packing kotak masuk plastik, customer letak duit atas kaunter cukup2, staff belum sempat amik lagi duit tu atas kaunter customer dah jalan.resit un tak sempat keluar lagi.
  2. customer buat bayaran, staff pulangkan baki dan resit dan voucher, customer masukkan duit baki dalm beg dan tinggalkan voucher & resit atas kaunter.(siap cakap i tak nak simpan resit)
  3. customer dah baca2 voucher pastu tinggalkan je atas meja & kaunter.( yg ni memang jenis tak suak diskaun kot)

erm....macam2 perangai customer ni. tapi aku bershukor sgt2 hari ni walaupun penat melayan kerenah customer yg ramai tapi lega sebab semuanya berjalan lancar. harap2 tak de la masalah pelik2 sepanjang promotion ni.

No comments: