Friday, April 24, 2009

JAGA2

Notis ini dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia bertarikh 7 April, 2009

Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.

Hakikatnya:

-Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
-Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
-Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.
Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

1.Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.

2.Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.

3.Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia, atau dengan "jabatan pengurusan kad kredit" bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.

4.Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.

5.Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.

Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:

BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my
BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980
Bank Negara Malaysia
7 April 2009
http://www.bnm.gov.my/

aku copy dari blog http:///ondscene.via.my

tujuannya supaya kwn2 yg baca blog aku dapat maklumat ni.
adik aku pernah dapat panggilan mengatakan kad kreditnya telah di gunakan di low yatt plaza sebanyak RM1490.mula2 memang dia terkejut dan rasa marah.proses 1 hingga 4 semua dia lalui.lepas tu dia langsung tak dapat apa2 panggilan lagi.
pemanggil tu bgtau apa no kad kredit dia, bank mana dan bila apply.
yang klakanya tarikh apply tu dia belum habis study lagi.dan dia memang sangat2 yakin yang dia tak pernah apply kad kredit.
erm...macam2 cara org menipu skrg.

No comments: