Thursday, December 17, 2009
Salam Maal Hijrah
Wednesday, November 4, 2009
berat mulut + malu
dah sangap gila ni....
budak tu janji nak bayar ujung bln 10....
sekarang dah 4 nov...
erm....macam mana nak cakap kat dia suh bayar duit aku ek???
bukan la banyak pun...
tapi aku dah tahap gigil tak de sen ni...
nak isi minyak keta g keje, duit parking...
tabung aku dah korek last week...
tak de apa nak di korek dah ni...
huhu.....
Sunday, November 1, 2009
JAWA vs TAGALOG
di bantainya cakap tagalog.
mana la aku paham.
bila aku balas bahasa jawa.
dia lak tercengang2.
sebenarnya aku pun tak paham bahasa jawa yg aku cakapkan tu.
aku hentam je sebut apa yg aku selalu dengar staff aku cakap.
huhuhu...
lantak la labu......
Thursday, October 29, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Sunday, September 27, 2009
:) :D :) :D
letak status dlm fb rindu nak bfast nasi lemak
24hb
en. suami baca status tu
25hb
en. suami kejut pagi dengan nescafe secawan depan mata.
dia tau aku tak leh bau nescafe sure terus buka bijik mata punya.(addict to nescafe)
"bangun, jom bfast. abg dah bl nasi lemak"
heheheheh......sukeee nye....
bangun, basuh muka & gosok gigi terus g dapur.
ada nasi lemak bungkus daun pisang & nescafe "o".
bestnya.....dah sebulan lebih tak bfast nasi lemak.
puas ati tul...
tq en. mohd shukor zafri bin wahab
lain kali buat la lagi ye...
Saturday, September 19, 2009
cuti raya
management baru bgtau smlm outlet akan di tutup pada 20 sept 2009.
maknanya aku akan dapat cuti la raya ni kan?????
sounds good.
tapi.....aku DEMAM.
huhu....ari ni aku masih lagi bekerja.
9 pg - 11 malam.
erm....macam mana nak beraya esok ni?
sedey nye....
dah la beraya di perantauan.
Saturday, September 12, 2009
raya???
raya tahun lps aku dah cuti kan..so tahun ni bg la turn org lain plak....
huhuhuhu.....di sebabkan aku kena keje
segala persiapan raya aku tak buat pun.
baju???
ada satu baju yg aku cuma baru pakai sekali g dinner skolah thn lps.
aku suh kak gee buat manik. baju tu je la aku pakai pg raya nnti. pakai sekejap je....
kul 12 dah nak kena g keje. dah pakai uniform itam tu ...
kuih???
aku order kuih kat arma.tapi kuih tu aku suh kak long pos bagi ojon kat sabah.
pastu ada order tart kat iykin. ada order dodol kat ina...
tu je la kot kuih raya aku.
aku cuma cuti pada 2nd & 3rd raya je....
maybe 2nd raya malam aku akan balik umah atok labu.
mak ada kat sana...
4th raya dah keje semula....
erm.....
Sunday, August 30, 2009
Monday, July 27, 2009
melawat anak buat di hospital sg buluh...
(semoga mokhsinselamat hendaknya...)
g alamanda jumpa kwn2...
mkn2 & borak2 ngan kwn2...
jadi consultant tak di undang...
jadi kelawar...
(tak tdo mlm, kul 8 pagi baru tido kul 11 dah bangun...)
buat kek...
(iman suka sangat mkn kek yg aku buat...heheheh....)
tgk renovation NIIZ BRIDAL GALERY...
(erm...ak sabar nak tunggu 8/8/09 ni...)
sangat penat...
sangat kenyang...
(mak masak sedap & puas hati dapat bubur org demam.hehehe...)
sangat mengantuk...
( tak cukup tido....)
mcm2 perasaan lagi ada...
lain kali la update.
adios...
Saturday, July 18, 2009
tido
cuaca mendung.
baju dah basuh, dah sidai,lum kering lagi...
lauk dah masak...
rumah dah kemas...
apa nak buat lagi ni???
dah terbangun awal pulak arini.
padahal mlm td tido lmbt gak.
aku tak tau la apasal aku susah sangat nak tido mlm.
sebelum jam 2 confirm mata tak nak lelap.
puas dah buat mcm2.
exercise - dah
minum susu panas - dah
tgk tv - dah
baca buku - dah
last2 aku suh hubby gosok kening aku...
baru la bole tido.
huh!!! ngada2 kan?
dulu masa adik aku si Farol Hadi tu kecik,
tu la cara aku nak kasi dia lena.
aku kena gosok kening dia sampai dia lena.
yang geramnya...dia nak tangan aku jugak.
kalau tangan mak atau kak long yg gosok kening dia
alamatnya...meraung...
erm..mcm pe'el la kan...
nak tdo pun ngada2.
nasib baik la en. suami sanggup je layan kerenah ngada2 aku ni.
Thank You very much Hubby.
luv u forever...
muahhh...muahh... :)
Wednesday, July 15, 2009
dah basi tapi nak cite gak...
en. suami sampai umah jam 2-3 pagi ( awal pagi 13 july )
sblm tu dia dah sms la wish bday aku.
aku pun tdo lmbt masa tu saja nak tunggu dia blk.
sblm tdo tu ber azam untuk memulakan hari dengan penuh ceria dan gembira.
pagi tu lps en. suami g keje aku smbg tdo lagi.
hehehe.....dah tdo lmbt kan....so bangun pun lmbt la...
tapi tdo aku di ganggu oleh call dr HQ membawa berita yg tak best.
argh!!!!! tensen kejap.
trus lupa azam nak ceria dan gembira.
on laptop, tgk email. argh!!!!! memang HANGIN la aku kat outlet ni kang.
layan fb pulak. tgk wish2 dari kwn2.(tq kt kwn2 yg ingat bday aku)
pastu sempat lps geram kejap kat fb.
siap2 gi keje.
aku bersiap mcm biasa.
sunblock & lipstik perkara wajib.
perfume pun wajib gak.
baju mcm biasa la uniform itam tu.
sampai je outlet aku telah di kerjakan dek budak2 ni.
abih la penuh muka & baju aku ngan tepung, air & krim.
mula2 budak2 ni tak berani nak buat sbb takut aku marah.
tapi lin bitau derang yg aku tak kan marah deh....
ye la aku tak marah!!!!
aku hanya melayan sekejap je program derang tu.
pastu aku buat2 le series dan blk sbb nak mandi & tukar baju.
membazir tepung & krim wehh...
duit korang ke yg beli semua tu?
aku kena blk pulak mandi & tukar baju.
membazir minyak keta aku
membazir masa aku
membazir duit parking beb.
bukan tak bole nak hepi2 tapi tgk time la beb.
masa tu tgh ari.
aku baru sampai keje.
tak pasal2 kena balik mandi tukar baju.
kot ye pun buat la time closing.
dah memang nak blk pun!!!
akai ada ka?????
Sunday, July 5, 2009
hati kering
hari ni ahad,
customer ramai,
yang lu blah awal apasal?
masa lu blah pun lu nmpk kan org tgh ramai Q,
lu blah mcm tu je kan....,
gua dah beberapa kali perhatikan lu.....
kalau gua dtg lamabt 5 minit pun lu sure blah awal,
kadang2 awal setengah jam @ satu jam.
lu makan gaji buta kan beb!!!
gua dtg lmbt ada sebab beb.
lagi pun bukan selalu.
dah la lu selalu mc.
ishk!!!
tak tua la gua nak cakap mcm mana lagi.
gua harap lu pikir la apa lu buat ni.
Thursday, July 2, 2009
sial punya budak
lancau!!!
babi!!!
lakhanat!!!!!
ko yg tak reti buat keje...
semua nak kena suap
pastu nak cari salah org???
berenti je la woi!!!!
Saturday, June 27, 2009
...
esok kena reg untuk trainning seminggu.
erm...lps ni sunyi balik la aku.
tak de geng nak mkn...
duk umah sorang2...
kembali kepada rutin asal hidup sebatang kara kat melaka ni.
mak sure dah jarang nak dtg melaka lps ni.
sbb sebelum ni anak bujang dia ada sini.
rajin la mak dtg.
lps ni anak bujang dia dah depan mata.
Sunday, June 21, 2009
Thursday, June 18, 2009
Home Alone
erm....takut, boring, lapar, tak leh lena semua ada.
malam pertama aku sorang dirumah aku tido kul 4 pagi.
malam ke dua kul 6 pagi.
hari ni aku ber azam untuk tdo awal. tak nak dah berjaga tgh2 malam sorang2.
org lain syok2 tido yang aku berjaga buat apa kan???
harap2 mata aku akan memberikan kerjasama yang baik malam ni.
sila la lena wahai mata.
Monday, June 15, 2009
huhuhu...hahhaha....uwaaaa.....
erm...aku nak kira balik dari hari sabtu lps (13hb).
13hb
aku keje pagi.aku sampai rumah kul 6 lebih en.suami dah nak gerak ke kl
14hb
en. suami sampai di rumah jam 3-4 pagi(mamai masa tu tak pasan sgt mana satu jarum pendek mana satu panjang.kiranya awal pagi 15hb la dia sampai umah.
15hb
en. suami g keje mcm biasa.pagi.aku pulak keje ptg.mlm ni kang aku blk sure en. suami dah tido.
16hb - 19hb
en. suami g trainning kat kl
19hb
99% confirm en.suami sampai umah tgh2 mlm atau awal pagi 20hb.
20hb
99% confirm en.suami akan g kl lps keje.
21hb
99% en.suami akan sampai umah tgh2 mlm atau awal pagi 22hb.
sekian.
Saturday, June 13, 2009
Grrrrrr......
ym tak leh...
facebook pun tak leh....
behtu? tak dapat la nak mengtahui cerita kawan2 yg jauh?
boringnya.....
argh!!!!!!!!!!!!!
Monday, June 8, 2009
TRIP TO KLANTAN
pagi bertolak ke klantan.singgah kuantan rumah kak dewi.makan mee goreng & teruskan perjalanan.sampai klantan di bawa ke rumah kenduri, mkn nasi sup daging & tulang,daging goreng apa ntah dan ulam2.(mkn je sebab dah lapar)
g umah penginapan. tak puas ati, keluar cari hotel.11.30 mlm baru dpt bilik, baru la nak mandi & tido
4hb
bangun pagi bermalas malasan atas katil,
g rumah kenduri. mkn & terus ke PCB cari bilik nak stay lagi. hotel semalam tak leh sambung sbb dah kena booking.dapat je chalet trus letak bag dan terus grak ke KB plak. nak jln2 pasar khatijah kata mereka.aku ikutkan je la....sampai kat pasar tu derang g membeli belah, aku & shukor memblahkan diri g lepak mcD.
blk chalet, rehat2, mandi, mlm keluar berdua ngan shukor. pusing2 bandar KB.
sblm balik bilik singgah PCB minum ABC.
balik bilik, tido
5hb
perjalanan di mulakan jam 6 pagi.singgah besut breakfast,singgah pasar payang KT shopping.
aku cuci mata je....tak beli apa2 pun.
teruskan perjalanan singgah bl lemang kat mana ntah.tapau je...mkn panas2 dlm keta. best gile.
sampai kuantan hantar kak dewi, minum jap.pastu gerak blk melaka.
- sungguh penat & letih
- sunnguh lapar sepanjang perjalanan kerana makan tak ikut time.
- sungguh tak puas ati sebab tak dapat makan kuih AKOK & mkn tomyam di klantan.
- sungguh rasa terkilan sebab tak borong keropok keping byk2.(ngada2 lagi tunjuk perasaan)
- sungguh tak puas ati ngan organizer.
- kurang senang ngan sikap ahli rombongan.
kesimpulan nya tak puas la trip ni. kena buat trip lain.
Monday, June 1, 2009
customer oh customer
cashier : RM 4.50 sir.
customer bg duit.
cashier : tq sir, have a seat fisrt. we will serve your coffee later.
customer terus blah cari table kosong. duduk ngan wife. borak2.
beberapa minit kemudian, barista menghantar minuman ke meja customer tadi.
barista : enjoy your meal. tq
barista kembali buat kopi untuk customer2 lain. cashier meneruskan kerja2 cashiernya di kaunter.
sejam berlalu. barista masih dengan kerjanya.begitu juga cashier tadi tetap dengan kerjanya.
hampir dua jam berlalu, ketika cashier sedang menjalankan tugasnya, tiba2 seorang customer dtg ke kaunter membawa secawan kopi.
customer : ini macam mana? (sambil meletakkan cawan di atas kaunter.)
cashier meninjau ke dalam cawan. air di dalam cawan hanya tinggal sedikit sahaja.(sekali teguk je dah abis).selain dari air yang sudah tinggal sedikit itu, cashier tadi nmpk se ekor lalat yang masih hidup sedang meronta2.(nak terbang balik la tu )
cashier : yes sir, can i help u?
customer : ini macam mana? i nak kopi baru.
cashier : ( sambil tersenyum.) sorry sir, ini bukan salah kami. lalat tu baru je masuk ke dalam cawan tu. masih hidup lagi lalat tu. air pun dah nak habis. kami minta maaf ye...kami tak bole menggantikan kopi ini.
customer : itu ada lalat masuk. ganti la.macam mana mau minum.
cashier : encik order air baru. kami bole buatkan.
dan cashier meneruskan tugasnya.kerana ada ramai lagi customer sedang berbaris nak membuat bayaran.
si customer tadi terus duduk semula dan terus berbual2 dengan wifenya...
sehingga entry ini di tulis, customer tadi masih duduk dan berbual2 dengan isterinya.hanya membeli secawan kopi berharga RM 4.50 duduk sampai 3 jam???
hahaha...mcm2 perangai manusia ni kan.
hahaha.....
Saturday, May 30, 2009
LAGI
aku kena keje lagi...
kaki aku sakit lagi...
sebab banyak berjalan dan berdiri...
hubby ke kl lagi...
aku kena tinggal lagi...
mlm2 tdo sorang2 lagi...
balik sini isnin awal pagi...
erm...boring la lagi....
Tuesday, May 26, 2009
@#$%^&*)@(*&^
Friday, May 22, 2009
Wednesday, May 20, 2009

bermula April 2009, kami buat pertandingan BEST EMPLOYEE OF THE MONTH.
ciri2 yang di ambil kira ialah
kebersihan (kuku, rambut, janggut & misai)
penampilan ( pakaian yg bersih & kemas )
kedatangan (waktu dtg kerja & waktu masuk lps rehat )
tanggungjawab (tanggungjawab terhadap kerja di seksyen sendiri )
kerjasama (kerjasama dengan rakan2 seksyen lain )
hadiahnya ialah RM50 (besar maknanya bagi derang ni, terutama tgh2 bln ni)
bagi bulan pertama ( April 2009 ) pemenangnya ialah Suranto.
dia ni pendiam, rajin & tak banyak kerenah. kebersihan & penampilan juga ok.
yang tak bestnya tentang dia ni ialah bila berjalan atau bercakap terlalu perlahan.
kalau dia berjalan 10 langkah amik masa 10 minit org lain 2 minit je agaknya.
kalau bercakap pun aku kena suh dia ulang banyak kali sebab tak dengar.(bukan aku yg pekak ye...)
tahniah la untuk suranto. harap2 bole kekalkan prestasi.
Friday, May 15, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Friday, April 24, 2009
JAGA2
Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa dibuat oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana bank perdagangan.
Hakikatnya:
-Tiada jabatan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia
-Nombor telefon 8659-XXXX bukan talian telefon Bank Negara Malaysia
-Bank Negara Malaysia TIDAK PERNAH meminta sebarang maklumat perbankan peribadi daripada orang ramai sama ada melalui SMS mahupun panggilan telefon.
Berdasarkan aduan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam kejadian panggilan telefon atau SMS palsu kepada orang ramai yang tidak mengetahui mengenai kegiatan ini, bagi mendapatkan maklumat perbankan peribadi mereka dengan tujuan untuk mengambil wang daripada akaun mereka.
Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:
1.Mangsa menerima SMS atau panggilan telefon: Meminta mangsa mengesahkan sesuatu transaksi kad kredit untuk pembelian barangan atau perkhidmatan yang kononnya telah dicaj kepada kad kredit mangsa.
2.Apabila mangsa menelefon nombor yang tertera dalam SMS berkenaan, pemanggil palsu itu akan memperkenalkan dirinya sebagai ejen sesebuah bank perdagangan dan sekali lagi meminta mangsa mengesahkan transaksi kad kredit berkenaan.
3.Apabila mangsa memberitahu pemanggil palsu itu yang beliau tidak ada membuat transaksi berkenaan, pemanggil palsu itu akan berpura-pura bersimpati dengan apa yang berlaku dan menasihati mangsa untuk membuat aduan dengan "Unit Kad Kredit Palsu" di Bank Negara Malaysia, atau dengan "jabatan pengurusan kad kredit" bank perdagangan. Pemanggil palsu itu akan memberikan nombor telefon "Unit Kad Kredit Palsu" kepada mangsa.
4.Apabila mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan, mereka akan disambut oleh sistem pesanan suara automatik yang menyatakan tempat itu sebagai Bank Negara Malaysia, dan panggilan tersebut kemudiannya dijawab oleh seseorang yang mendakwa dirinya sebagai pegawai Bank Negara Malaysia. Pegawai ini akan meminta maklumat berkaitan akaun perbankan dan kad kredit mangsa dengan memberikan alasan bahawa dia akan menghantar aduan tersebut kepada pihak yang berkenaan bagi pihak mangsa.
5.Pemanggil palsu itu kini telahpun mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat pindahan wang secara tidak sah daripada akaun mangsa.
Berdasarkan modus operandi tersebut, orang ramai diingatkan supaya tidak memberikan maklumat perbankan peribadi mereka kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali sebelum membuat semakan yang teliti. Untuk maklumat lanjut, pertanyaan atau aduan, orang ramai boleh menghubungi atau berkunjung ke:
BNMTELELINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465
Faksimile: (03)2174 1515
E-mel: mailto:bnmtelelink@bnm.gov.my
BNMLINK (Pusat Perkhidmatan bagi Pengunjung)
Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9:00 pagi - 5:00 petang)
ABMConnect (Talian Penting Persatuan Bank-bank Malaysia )
Tel: 1-300-88-9980
Bank Negara Malaysia
7 April 2009
http://www.bnm.gov.my/
aku copy dari blog http:///ondscene.via.my
tujuannya supaya kwn2 yg baca blog aku dapat maklumat ni.
adik aku pernah dapat panggilan mengatakan kad kreditnya telah di gunakan di low yatt plaza sebanyak RM1490.mula2 memang dia terkejut dan rasa marah.proses 1 hingga 4 semua dia lalui.lepas tu dia langsung tak dapat apa2 panggilan lagi.
pemanggil tu bgtau apa no kad kredit dia, bank mana dan bila apply.
yang klakanya tarikh apply tu dia belum habis study lagi.dan dia memang sangat2 yakin yang dia tak pernah apply kad kredit.
erm...macam2 cara org menipu skrg.
Friday, April 17, 2009
CINTA HATI
Thursday, April 16, 2009
1st day promotion di BIG APPLE
setelah hampir sebulan voucher2 di edarkan kepada customer2, sekarang tibalah masa untuk redeem.
awal pagi ni hujan lebat di melaka.
customer agak kurang tapi pagi2 lagi sebelum kedai mula di buka jam 10 pagi, dah ada customer yang menunggu.
ye la...ada diskaun yang best sapa tak nak kan...
voucher2 yg dah di edarkan sebelum ni mula bole di tukarkan hari ini hingga 31 may.
sebelah petang td. customer bertambah ramai dan staff2 semua mula tak cukup kaki nak jalan, tak cukup tangan nak serve customer dan tak cukup suara nak melayan segala soklan2 dari customer.
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.
ada juga customer yg bertanya macam mana nak dapatkan voucher tu?
" maaf encik, kami dah edarkan voucher2 tu sebulan lebih awal iaitu sejak awal bulan 3 lagi"
ada beberapa sebab kenapa customer tidak mempunyai voucher tu.
- dah pilih donut, sampai kaunter, staff key in flavour dlm system, packing kotak masuk plastik, customer letak duit atas kaunter cukup2, staff belum sempat amik lagi duit tu atas kaunter customer dah jalan.resit un tak sempat keluar lagi.
- customer buat bayaran, staff pulangkan baki dan resit dan voucher, customer masukkan duit baki dalm beg dan tinggalkan voucher & resit atas kaunter.(siap cakap i tak nak simpan resit)
- customer dah baca2 voucher pastu tinggalkan je atas meja & kaunter.( yg ni memang jenis tak suak diskaun kot)
erm....macam2 perangai customer ni. tapi aku bershukor sgt2 hari ni walaupun penat melayan kerenah customer yg ramai tapi lega sebab semuanya berjalan lancar. harap2 tak de la masalah pelik2 sepanjang promotion ni.
Saturday, April 11, 2009
APA NAK BUAT
- nak g wedding dik dee - maybe tak kot sbb keadaan keta tak mengizinkan
- nak g seremban melawat mak ngah - maybe tak juga sbb reason spt di atas
- nak g tgk JANGAN TEGUR - takut la plak. lg pun sapa nak teman?
- nak window shopping - malasnya nak jalan2. penat.
aku rasa akau akan habiskan hari cutiku di depan tv.
selamat bercuti!!!
Thursday, April 9, 2009
kelawar ke burung hantu?
kul 7 lebih dah sampai. waktu kerja aku jam 9.
hari isnin aku bersemangat.sampai je outlet terus buat keje.
dari pagi sampai petang aku setelkan keje2 yg tertangguh hampir seminggu.
(gara2 sakit perut, banyak keje tertangguh)
hari selasa mcm tu jugak. aku rasa seronok dapat setelkan keje2 yg tertangguh.
hari rabu...aku tewas juga akhirnya.sampai outlet kul 7 lebih, buat keje sikit pastu mata tak leh buka dah...
kul 8.30 aku lelap jugak.
tadi pun...tak bole tahan la ngantuk.
mcm mana nak tdo awal ek?
aku memang susah nak lelap mlm.
paling awal pun kul 2 baru bole lena.
sebab tu la pagi aku ngantuk.
kalau aku tdo mlm awal sure aku akan terjaga tgh2 mlm(kul 2-3 pagi)
pastu tak leh tdo.
erm...kena cari jln nak setelkan problem ni.
Monday, April 6, 2009
ofis ni terletak di dlm banggunan yg dulunya adalah sebuah pasaraya.
dah lama dah pasaraya ni tutup. lebih 3 tahun.
selalu jugak aku lalu depan banggunan tu. tak tau plak masih ada ofis di dalamnya.
dari luar mcm banggunan tinggal je. burok.
tapi bila dah masuk dlm ofis tu...wow!!!! mcm banglo.
besar dan cantek ofis tu.
aku kena hantar 42 dozen donuts ke sudong hari ni.
jenuh la nak mengangkatnya ni kang.
Sunday, March 29, 2009
Thursday, March 26, 2009
I **** this *****
Friday, March 20, 2009
@#$%^&*
Tuesday, March 17, 2009
KENDURI
7hb g tepen kenduri kawin ita.
15hb g kenduri anak buah shukor d kpg pandan KL.
19hb kakak (adik ipar kak long) nikah kat kota kemuning.
21hb majlis kakak di kajang.
nmpknya every wiken gantung periuk.
smlm lps kenduri di kpg pandan aku g lepak umah wan kat jln kuching.
pastu g umah arma. lepak borak2 tgk tv pasttu mlm balik melaka.
Saturday, March 14, 2009
erm...
mcm2 hal yg jadi baru2 ni.tak de masa nak update.
sabtu
g tepen. kenduri kawin ita. pergi berdua ngan shukor je. pagi sabtu bertolak dari shah alam. samapai sana lebih kurang kul 1lebih. perut memang tgh lapar...makan la apa lagi. aku suka g tempat yg orang tak kenal aku. senang aku bole makan tanpa malu2.(hehehe...ala2 gelojoh gak la ni).
lps mkn nasi, masuk dalam rumah tgk pengantin bergambar kat pelamin. tumpang sekaki gak la. pastu duduk2 je sementara tunggu satu team lagi dari shah alam lum sampai.sementara tunggu derang, sempat makan laksa plak. paham2 la kalau dha jumpa laksa utara...mkn memang tak tgk kiri kanan la...habis satu mangkuk aku telan. shukor cuma mkn sikit je.abg adi plak tak sempat nak minta.hehhe..padan muka dia.
abg pezal, kamil, dik dee & tunang dik dee sampai lbih kurang kul 4 petang. masa tu caterer dah start kemas meja dah. tungggu derang mkn jap pastu hujan turun lebat plak. abg yee telah memaksa zuli buat kopi & minta biskut lutut.layan la kopi '0' dan biskut lutut dalam ujan lebat tu. syok gila.
misi bermula, mencari kedai mee udang.hehehe...ni 1st time aku mkn mee udang. selama ni dgr cite kwn2 je. mee tu di goreng dan agak berkuah jugak la...pastu ada udang lebih kurang 13 ekor besar2 gak la...sedapnya meratah udang. memang puas ati la...
dah kenyang mkn mee udang kami semua gerak ke rumah abg adi.mandi2 dan sembahyang kami ke food court blkg bomba tepen pulak. misinya nak makan eskrem. ada mcm2 jenis eskrem kat situ.lebih kurang 60 jenis.
setel mkn eskrem aku ngan shukor ke hotel qasuarina sebab kak ngah shukor ada kat sana. jumpa sekejap pastu gerak blk shah alam.
ahad
bgn pagi dapat berita tak best. rasa nak marah tapi ku tahan kan jugak. malas nak bising2. dan paling penting malas layan perangai bangang manusia itu.
petang blk melaka ngan adi.shukor tak blk sbb dia masih bercuti.
isnin
duk umah je. langsung tak keluar dari pagar umah tu. keluar dari pintu umah je sbb nak sidai kain dan sapau porch. aktivitinya ialah kemas umah, tgk tv. bosannn...semua gara2 berita hampeh itu.
selasa
pegi hq qpq di shah alam.
bla...bla...bla...( top secrect )
setel masalah. balik umah kak long pastu kul 8 gerak blk melaka sorang2.
otw balik melaka tu aku call arma dari seremban sampai tol air keroh arma temankan aku berborak.segala benda yg serabut dlm kepala aku dah cite kat dia.erm...lega la skit kepala ni.
rabu - sabtu.
keje macam biasa tapi dengan semangat baru.
Monday, March 2, 2009
LEGA...
aku kena saman tu bln lepas.
dalam surat saman tu ada tulis boleh dikompoun di balai polis trafik melaka tengah sebelum 4 march.
pastu ada tulis gak kesalahan dia atas akan di bicarakan di mahakamah pada 18 march.
aku memang cuak sikit bab2 undang2 ni.
kena g mahkamah lagi la aku takut.
so bila tgk bole kompoun sblm 4 march aku pun g la td.
aku g ngan adi sbb dia pun kena saman gak. ( dia yg drive masa kena saman tu ).
sampai sana aku g kaunter bayar saman, aku bg surat saman aku. pastu perempuan ( tak tau la dia polis ke tak sbb dia tak pakai uniform. kaunter lain semua pakai uniform ) kat kaunter tu cakap sman belum masuk.erm...pelik la pulak.
dah hampir sebulan kena saman tapi saman aku tak de dlm system.
(patut la aku cek online tak de)
pastu aku kena tunggu. polis kat kaunter sebelah tu amik surat saman aku pastu panggil aku.
katanya kena bayar RM300. alamak!!! pokai la aku kalau kenaRM300. aku senyyum je la sbb memang terkejut gak la...
pastu polis kaunter lagi satu(perempuan cantek) panggil dan kena bayar RM40 je. dua org ngan adi RM80. Fuh!!! lega...polis yg mula2 td saja je buat aku cuak.
apa2 pun akurasa lega sangat sbb dah setel dan aku tak perlu g mahkamah.( tak minat !!! )
Sunday, March 1, 2009
kaunselor tak bertauliah
derang dah plan nak keluar tgk movie mlm td.
kwn aku ni blk kje awal dan bersiap2 la nak keluar.
tetiba laki dia suh tukar baju.laki dia kata baju yg kwn aku pakai tu tak sesuai untuk perempuan yg dah berkahwin.(erm...ada ke baju untuk org bujang & org kawin?)
so kwan aku ni ikut je apa laki dia cakap.
dia pun tukar la baju dah pakai t shirt je akhirnya.
simple mcm nak g pasar je katanya.
kawan aku ni ngadu la kat aku,katanya dia tak kisah kena tukar baju tapi dia rasa laki dia tak patut ckp baju tu sesuai untuk org bujang je.(dia nak ikut fesyen terkini jugak).
dia rasa tak patut sbb laki dia ada hobby mcm org bujang.
dan laki dia selalu ada aktiviti yg biasanya org gujang je buat ngan kwn2 bujang dia.
so bg dia kalau laki dia bole mcm org bujang kenapa dia tak bole?
apa aku nak jawab?sbb aku sendiri tak penah jumpa baju org bujang dan bj org kawin.
(baju org pregnant adala....)lagi pun bg aku dengar je bole la...
nak bg nasihat tak berani sbb takut tersalah cakap.
lgpun yg bermasalah perempuan minta plak pendapat ngan pompuan gak.
so bias!!! bahaya.apa aku buat cuma dengar dan cakap kat dia sabar.
pastu aku dah tak leh tdo sbb dok terpikir kan dia.
maka aku pun keluarkan la masalah kwn aku tu (yg dah jdi masalah aku pulak) kat sini.
harap2 dah luah semua ni bole la aku tdo dengan lena.
mcm2 hal manusia dlm dunia ni kan...
Sunday, February 22, 2009
supervisor tomboy budus!!!
1st day openingnya bakery ni aku pg2 lagi dah g mencari tuna filling kesukaan aku.
tak de. aku agak maybe lum sempat buat.
tak pe la....dalm sehari tu berkali2 aku ulang alik ke bakery ni semata2 nak membeli tuna filling.(dekat je tu yg rajin ulang alik tu).tapi...hampa sbb tuna filling tetap tak muncul2.
mlm tu dah dekat nak closing aku g lagi.(tak putus asa...)
then aku tanya la kat supervisor situ(tomboy)
aku : dik tuna filling tak buat ke ari ni?
supervisor tomboy : dah habis la kak, lain kali akak datang la awal sikit
aku: aik!!! akak dtg pg td pun tak de dik...
supervisor tomboy : ye ke? cepatnya habis..
dan supervisor tomboy trus blah.
pastu awek cashier tu tanya aku, akak cari apa kak?
aku pun bgtau la yg aku cari tuna filling.
awek cashier tu cakap"ari ni tak buat tuna filling kak"
huh!!! hampeh tul si tomboy tu.
kalau tak de cakap la tak de. tak yah la menipu.
3rd day opening bakery tu, aku g lagi.
seperti biasa mencari tuna filling.
aku: dik tuna filling tak de ke?
supervisor tomboy : lum siap kak. tengah goreng
pastu aku blah la....
semalam, aku g lagi mencari tuna filling.
bila dah cari kat rak2 tu takde.
aku terus g cashier tanya mana tuna filling
then cashier tu jawab" tuna filling lambat skit la kak sebab store tak hantar lagi bun tu."
so aku buat kesimpulan bahawa si tomboy tu PENIPU!!!!.
rupa2nya tuna filling tak buat kat outlet,
di buat kat tempat lain dan lori akan hantar dengan kek2 setiap hari.
teruk tul la perangai si tomboy tu.
tak patut la dia tipu customer mcm ni.
kot seribu customer dia tipu dan seribu customer yg kena tipu tu sumpah dia padan muka.
sejak semalam aku tak g lagi kedai tu.
kot rasa nak makan tuna filling aku kirim je kat staff aku.
biar dia kurang satu customer.
kot aku tak sakit hati sure aku akan g lagi kedai tu.
bukan tuna filling je yg aku beli, mcm2 aku beli.
tapi sakit ati punya pasal aku malas nak jejak kaki ke kedai tu. dah la sombong2 staffnya...
aku senyum tak respon pun.BENGONG!!!
supervisor tomboy yg BUDUS!!! (aku nak g tanya dia la pakai "pampers" brand apa?)
hahha....
Friday, February 20, 2009
Thursday, February 19, 2009
kenangan terindah

kenangan manis, pahit, masin, klaka dan mcm2 jenis kenangan la...
termasuk la kenangan terindah.heheh....
ni cite lama( kalau baru blm bole di panggil kenangan).
awal bln dec 08 aku sakit perut. hubby anta ke pantai medical centre sbb aku selalu g jumpa
doktor hanisah kat situ(gynaecologist). so bila aku sakit perut je hubby ingat aku sakit perut "perempuan" thats why dia bawak ke situ.
sampai sana doktor takde kat bilik dia(g round tgk patient kat wad).
terpaksa la aku menunggu. sambil tahan sakit...aku nangis(nangis senyap2 la...sbb tak leh tahan sgt sakitnya).nurse doktor hanisah call doktor bgtau yang aku sakit sangat2.
hehe...doktor pun turun la dan terus panggil aku masuk bilik dia.doktor scan perut aku sbb takut ada "sis" sbb katanya aku nmpk teruk sgt. hahha...dah scan alhamdulillah tak de apa2. semua normal. doktor cakap aku gastrik. doktor suh aku admit.
huh!!! sorry la aku nak admit. tak sanggup aku nak tdo dlm wad. lagipun hanya kerana sakit perut.lawak je rasanya...aku cakap aku nak ubat dan balik. dr. hanisah tak nak kasi aku balik. katanya aku kena admit jugak sbb nak make sure perut aku tak kosong. (doktor kata tekanan darah aku rendah ). aku buat muka kesian, aku cakap tak nak masuk wad doktor. tak best.
then doktor bagi option duk kat emergency bay 4 -5 jam. nak masuk air & bg pain killer.aku terus je la setuju(daripada kena admit aku lebih rela kena "lepak" sekejap kat spital tu).
dan lagi satu klakar nya...dari bilik doktor nak ke emrgency tu aku di tolak atas kerusi roda.tak larat nak jalan dah.sampai emergency nurse2 kat situ bg aku tdo satu katil,bg selimut(aku minta 2 selimut sbb tak tahan sejukkk...)pastu diaorg cucuk tangan aku untuk masuk kan air(air apa ntah...).argh!!!! cacat tangan aku.seumur hidup aku tak penah kena mcm ni.huhuh....
pastu injek pain killer.pastu apa lagi..."mengong" la kepala, ngantuk....tapi tak leh lena pun sbb ramai org. bising.hampeh tul...
2 jam lebih gak la aku tertido (sebenarnya kjap2 terjaga tgk hubby ada lagi tak...setianya dia menunggu...).pastu dah terjaga perut aku laparrrr....hehe..nasib baik hubby ada.dia bl sandwish dan suap kat aku(ngada2 tak leh suap sendiri.tapi masa tu memang aku letih gila).dah mkn aku ngantuk balik.(dadah apa la yg doktor bagi ni...ngantuk gila)sambung tdo lagi lebih kurang sejam pastu aku balik.
apa kenangan terindahnya?????
hehe..sebenarnya sblm masuk bilik doktor hanisah aku kena buat rutin biasa timbang berat. masa tu aku dapat tahu yg berat aku dah kurang 5kg.hehehe...syoknya dengar(tapi masa tu sakit perut, suka dlm ati je...muka kerut2 gak tahan sakit).
so aku rasa bagus gak sakit perut. kot tak sakit perut aku tak g spital.kot tak g spital aku tak timbang berat,kot tak timbang berat aku tak tahu berat aku dah turun.huhu...best!!!
lagi satu yg bestnya ialah aku tgk hubby betul2 jaga aku masa aku sakit tu. aku dengar telefon dia asyik berbunyi je.customer dia ramai call.aku dengar dia setelkan keje2 dia dlm phone je.(call customer call wshop).sekejap pun dia tak tinggalkan aku(kecuali g bl sandwish).tiap kali aku celik, aku tgk dia ada je kat tepi katil aku tu.
terharunya rasa masa tu.(rasa bersalah plak sbb selalu degil ngan dia)
bagi aku kejadian hari tu adalah kenangan terindah aku setakat ni.
hehe..sejak dari hari tu aku jaga pemakanan aku. waktu makan dan kuantiti makanan aku jaga betul2.aku tak nak sakit lagi. tak nak kena cucuk tangan lagi(seminggu lebam tu kat tangan aku.Buruk!!!) serik.
Sunday, February 15, 2009
HAWAII FIVE "O"
Friday, February 13, 2009
MOONRAKER
Thursday, February 12, 2009
my 1st tagged
argh!!! aku telah di tagged oleh adi. aku selalu tgk dlm blog dia & kwn2 dia pasal tag ni. derang ni rajin tul buat tag & tag org. aku rajin gak. tapi rajin baca je la...nak buat memang malas.tapi dah di tagged ni kena la buat nmpknya...
- Go to your photos folder in your computer.
- Go to the 6th folder of photos.
- Go to the 6th picture in that folder.
- Put the picture on your blog and description of it.
- Invite six friends to join the challenge.
- Link them in your blog and let them know they have been challengedbee
nilah hasilnya...
ni gmbar hantaran kawin adik aku. hantaran ni kami bawak masa majlis nikah di sibu sarawak.ni bakul untuk isi cincin. tapi masa ni tak letak lagi la cincinnya( mak simpan, sampai umah pengantin baru letak).bakul ni kak long beli kat shah alam.pastu hias2 ni kak long la buat masa kat hotel(tak leh buat dari sini sbb brg semua masuk kotak).tak kan nak hand carry kot. kena gelak nnti.
erm..nak tag sapa ni?
semua dah kena tag dah.
- kak gee
- mrs. amri
sila buat tag ni bole?hehe....
GO NUTS
Wednesday, February 11, 2009
cooking mood
sambil masak ikan sambil buat kek. tapi kek tetap lambat jugak siapnya...dah ngantuk sangat.kek siap je aku amik gambar (panas nak angkat so amik gambar atas dapur je...)pastu trus la tdo.
tgh kumpul mood nak buat kek asam plak.erm....laparnya.
Monday, February 9, 2009
cuti2 port dickson
bangun pagi tu kami breakfas ala kadar ( mkn big apple & nescafe) pastu terus gerak ke bayu beach resort. pantai tu privacy skit( memang kami berempat je pagi tu sbb ari jumaat kan...)
ini la hasil sunburn arma & adi.( derang suka....)
Saturday, February 7, 2009
Thursday, February 5, 2009
kasut baru evik joni setiyawan
Wednesday, February 4, 2009
Saturday, January 31, 2009
cuti2 melaka
Wednesday, January 28, 2009
CNY LEAVE
bagus jugak ramai customer ni...dah 2 kali weekdays sale kurang. harap2 cuti CNY ni dapat la naik kan sale.
Tuesday, January 27, 2009
kanchanaburi
DEMAM
aku sakit perut, evik & supri demam & batuk2.paridi demam.
semua tak larat dah nak keje.
ye la...aku rasa semua sebab wiken yang panjang ni. ramai customer.staff yang ada tak cukup nak menampung beban kerja yang ada. kalau weekdays ok la...siap bole main kejar2 ngan lalat lagi. bila wiken mcm ni la....
penat gila. sekarang pulak cuaca tak menentu. panas sangat2 pastu tetiba2 hujan lebat. mana tak penyakit senang melekat.
erm...kalau sampai mggu depan aku masih sakit perut nampaknya terpaksa la "check in" kat pantai medical centre..hehe...bukan admit tau.huhu...ye la... kot mc kat umah sure aku gatal kaki gak nak g outlet. lebih baik check in spital. ajak shukor check in skali.hehehe...
CNY
Saturday, January 24, 2009
AZAM TAHUN BARU
sebenarnya ada banyak jugak azam yang aku nak buat untuk 2009 ni. pastinya yang baik2 je la yang aku nak buat. yang buruk2 nak tinggalkan. harapan aku 2009 ni aku akan lebih bagus sebagai isteri, anak, adik, kakak, pekerja, kawan,ipar, menantu dan semuanya la....aku nak berusaha untuk jadi lebih baik.
aku jugak nak lebih berhemah ketika berbelanja. tak nak membazir lagi. beli hanya yang perlu sahaja. nak kumpul duit untuk rumah baru. ada banyak impian yang aku nak buat kat rumah baru aku tu nanti.(harap berjaya la...)
lain2 azam aku 2009 ni biarla aku je yang tau.hehe...
dah berjaya capai nanti barula bagitau semua.
ntah apa2 ntah
bosan gila
dah lama tak update blog. bz melayan facebook.hahha....
aktiviti baru aku tu...